“RM18 Sebotol, 150ML” – Lepas Nasi Ayam RM26, Sambal Mama Tini Pula Jadi Perhatian

LocalBusiness & Finance
23 Jul 2026 • 12:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas isu nasi ayam RM26, nama usahawan Datin Noor Kartini sekali lagi mencuri perhatian apabila menjual sambal dalam botol.

Sambal dalam botol kecil berukuran sekitar 150ml itu dikatakan dijual pada harga RM18 sebotol.

Sambal Mama Tini jadi perhatian

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, ibu kepada selebriti terkenal Neelofa itu berkata, sambal dalam botol disiapkan untuk peminat-peminat sambal nasi ayam sebelum ini.

sambal nasi ayam

Sambal tu bukan khas untuk nasi ayam je, tapi sesuai untuk dimakan bersama nasi-nasi lain termasuk dijadikan pencicah.

Di Thread, ada netizen seolah-olah menyindir menyifatkan botol terlalu kecil dan kosong tanpa sebarang sticker. Namun, ujar netizen itu, mungkin sesiapa yang rasa mahal bukanlah target market beliau.

Image from: “RM18 Sebotol, 150ML” – Lepas Nasi Ayam RM26, Sambal Mama Tini Pula Jadi Perhatian

Terdahulu, nasi ayam Datin Noor Kartini menerima kritikan disebabkan harganya RM26 sebekas. Walaupun dikritik, nasi ayam itu mendapat sambutan hangat sehingga ada pelanggan dari luar Selangor termasuk dari Negeri Sembilan dan Perak.

The post “RM18 Sebotol, 150ML” – Lepas Nasi Ayam RM26, Sambal Mama Tini Pula Jadi Perhatian appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved