Nothing Mungkin Akan Melancarkan Jam Tangan Pintar

TechnologyDigital
22 Jun 2023 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Carl Pei sebelum ini pernah berkongsi pendapat beliau yang penggunaan jam tangan pintar adalah tidak berguna selepas beberapa hari menggunakan Samsung Galaxy Watch5 Pro. Akan tetapi pendapat beliau mungkin berubah selepas laman BIS India menyenaraikan produk CMF by Nothing dengan nombor model D395 di bawah kategori jam tangan pintar.

image is not available

Informasi ini diperoleh oleh Mukul Sharma menerusi laman Twitter beliau. Pelancaran jam tangan pintar Nothing kami rasakan menarik kerana kesemua produk yang telah mereka lancarkan ke pasaran kelihatan unik. Kesemuanya mempunyai rekaan lutsinar dan mungkin tidak melampau untuk mengharapkan sebuah jam tangan pintar lutsinar akan muncul ke pasaran kelak.

image is not available

Masih tiada butiran jelas setakat ini. Antara yang ramai ingin tahu adakah jam Nothing ini merupakan sepasang penjejak kesihatan dengan skrin besar seperti Amazfit atau jam tangan pintar yang menjalankan sistem operasi seperti Wear OS? Sama-sama kita nantikan.