Nothing Phone (2a) Plus Akan Menggunakan Cip MediaTek Dimensity 7350 Pro

TechnologyDigital
26 Jul 2024 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing telah mengesahkan kewujudan peranti baharu Phone (2a) Plus yang akan dilancarkan pada 31 Julai 2024. Ia kelak menjadi penawaran lebih baik buat Nothing Phone (2a) dengan jangkaan boleh mempunyai resepi yang mantap untuk menjadi peranti yang dominan.

image is not available

Semalam Nothing telah berkongsi salah satu ciri utama pada peranti melalui kemaskini di media sosial rasmi. Ia menunjukkan Nothing Phone (2a) Plus akan dijana oleh cip MediaTek Dimensity 7350 Pro serba baharu. Menurut Nothing, cip pemprosesan baharu itu menggunakan binaan lapan teras dengan kelajuan mencapai 3.GHz sekaligus mampu menjanjikan peningkatan prestasi yang ketara. Prestasinya didakwa kira-kira 10 peratus lebih baik berbanding cip Dimensity 7200 Pro yang digunakan pada Nothing Phone 2a. Ini digabungkan dengan GPU Mali-G610 MC4 yang dikatakan 30 peratus lebih pantas berbanding model sebelumnya untuk prestasi permainan lebih baik.

image is not available

Selain itu, Nothing Phone (2a) Plus juga akan menawarkan pilihan memori 12GB RAM dengan 8GB RAM Booster yang membolehkan kapasiti telefon boleh diluaskan sehingga 20GB RAM keseluruhannya. Ia peningkatan yang besar dalam membolehkan lebih banyak kerja multi-tugas dilakukan dengan lancar. Lebih banyak maklumat lanjut boleh didedahkan dari masa kesemasa.