Nothing sahkan kehadiran Phone (4b), bakal dilancar 7 Julai ini

TechnologyDigital
23 Jun 2026 • 5:17 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Nothing sahkan kehadiran Phone (4b), bakal dilancar 7 Julai ini

Sudah lebih setahun CMF Phone 2 Pro dilancarkan, dan mungkin ramai peminat tertanya-tanya bila Nothing akan memperkenalkan telefon baharu di bawah jenama mampu miliknya, CMF? Nampaknya tiada telefon CMF baharu yang akan dilancar tahun ini. Sebaliknya, syarikat tersebut akan memperkenalkan telefon baharu di bawah jenama Nothing.

Melalui hantaran terbaharu di platform X, Nothing dilihat mengesahkan kehadiran Phone (4b) dengan menyertakan tarikh 7 Julai pada kapsyen, yang dipercayai adalah tarikh pelancaran rasminya.

— Nothing (@nothing) June 23, 2026

Hantaran tersebut turut memaparkan beberapa lakaran rekaan peranti berkenaan. Menariknya, kapsyen yang disertakan turut menyebut “Phone (4b) series”, sekali gus memberi bayangan bahawa lebih daripada satu model mungkin akan diperkenalkan. Bagaimanapun, buat masa ini masih belum jelas apakah model lain yang bakal menemani Phone (4b), tetapi ada kemungkinan ia akan merangkumi varian biasa dan Pro seperti Phone (4a).

Kedatangan Nothing Phone (4b) sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Beberapa hari lalu, Nothing telah memuat naik satu video teaser yang memberi petunjuk mengenai kehadiran telefon tersebut.

Melalui video pendek itu, ia menunjukkan lakaran peranti tersebut yang dijangka masih mengekalkan rekaan separa lutsinar yang menjadi identiti untuk peranti Nothing. Tidaklah pasti sama ada ia akan turut mengekalkan sistem lampu Glyph seperti yang terdapat pada Phone (4a).

Setakat ini, selain daripada lakaran dan bayangan reka bentuk, tiada sebarang maklumat rasmi mengenai spesifikasi dalaman peranti tersebut didedahkan. Namun, ia dijangka hadir sebagai model yang lebih mampu milik dan diletakkan di bawah barisan Phone (4a) sedia ada yang kini berada dalam segmen pertengahan premium.

Dari segi harga, Phone (4b) dijangka ditawarkan pada harga di antara CMF Phone 2 Pro yang dijual pada harga RM1,199 dan Phone (4a) yang bermula sekitar RM1,999. Jika benar dilancarkan, ini juga akan menjadi peranti pertama Nothing yang menggunakan penjenamaan huruf “b”.

Untuk telefon mampu milik di bawah subjenama CMF, Pengasas bersama Nothing, Akis Evangelidis, baru-baru ini mengesahkan syarikat itu tidak akan melancarkan sebarang telefon CMF baharu pada tahun ini. Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat berikutan harga memori semasa yang tinggi, dan ini menyukarkan Nothing untuk menghasilkan sebuah telefon yang benar-benar mampu milik di bawah jenama CMF.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti baharu Nothing, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Nothing menjelang 7 Julai ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved