Apple dijangka melancarkan telefon lipat pertama mereka dengan skrin OLED lipat yang dibekalkan oleh Samsung Display.

Panel ini dikatakan akan menggunakan teknologi baharu dipanggil (M16) yang belum pernah digunakan dalam mana-mana peranti komersial. Teknologi tersebut mampu menawarkan kecerahan lebih tinggi, warna lebih tepat, jangka hayat lebih panjang serta kecekapan tenaga yang lebih baik. Selain itu, ia dijangka turut menggabungkan teknologi khusus bagi meningkatkan lagi kualiti paparan. Dengan kelebihan ini, telefon lipat Apple berpotensi menjadi pesaing utama kepada model terbaru Samsung sendiri.

Samsung Display dilaporkan akan menghantar sebanyak 3 juta skrin lipat OLED kepada Apple tahun ini untuk telefon lipat pertama syarikat itu. Mereka akan menjadi pembekal eksklusif bagi kedua-dua skrin luar dan dalam selepas Apple memberi kelulusan berikutan kadar hasil pembuatan melebihi 80%. Pada masa sama, kemudahan pembuatan di Vietnam telah mula beroperasi dan Samsung Display dijangka kekal sebagai pembekal eksklusif panel tersebut untuk tempoh tiga tahun.
Telefon lipat Apple nampaknya semakin hampir untuk dilancarkan. Namun, tarikh pelancarannya masih belum dapat dipastikan. Ada kemungkinan ia akan diumumkan bersama siri telefon baharu Apple pada bulan September nanti.





