NSFC sasar tembus kelompok lima terbaik Liga Super

LocalFootball
16 Aug 2026 • 6:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: NSFC sasar tembus kelompok lima terbaik Liga Super

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) menyasarkan untuk menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok lima terbaik selepas sekadar menduduki tempat ketujuh pada musim lalu.

Pengerusi NSFC merangkap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, sasaran berkenaan dibuat berdasarkan semangat baharu yang dibawa pasukan selain usaha memperkukuh kekuatan skuad bagi menghadapi musim ini.

“Kita sasar dapat top lima (kedudukan lima teratas) tahun ini, di mana tahun lepas kita dapat top tujuh. Dengan semangat baharu, saya rasa kita mampu untuk mencapai sasaran kelima terbaik untuk Liga Super,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Hari Bola Sepak Negeri Sembilan yang berlangsung di Seremban Prima Mall, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Pada program berkenaan, pemain baharu dan lama pasukan NSFC bagi menghadapi musim 2026/27 serta jurulatih dari Sepanyol, Daniel Giménez Alcañiz diperkenalkan kepada umum.

Ujar Ismail lagi, perjalanan untuk mencapai sasaran itu bukan mudah kerana pasukan perlu berdepan pelbagai cabaran dan ujian sepanjang musim.

Namun ujar beliau, kombinasi yang baik dalam pasukan serta sokongan berterusan daripada penyokong amat penting bagi memastikan pemain kekal bersemangat dan fokus mencapai sasaran ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

The post NSFC sasar tembus kelompok lima terbaik Liga Super appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved