Nubhan Dah Buat Laporan Polis, Pengutip Hutang Tuntut Lebih RM2 Juta – “Perkara Ini Tak Boleh Didiamkan…”

12 Nov 2026 • 6:42 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Nubhan Dah Buat Laporan Polis, Pengutip Hutang Tuntut Lebih RM2 Juta – “Perkara Ini Tak Boleh Didiamkan…”

Susulan sekumpulan individu dipercayai pengutip hutang hadir ke kediamannya, penyanyi Nubhan memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis selain berbincang dengan pihak peguam bagi mengambil tindakan lanjut.Menerusi hantaran terbaharu di Threads, Nubhan menjelaskan kejadian tersebut berlaku pada 23 Oktober lalu dan perkara itu disifatkan sebagai serius kerana melibatkan keselamatan dirinya serta keluarga.Malah, Nubhan juga mendedahkan jumlah wang yang dituntut adalah mencecah lebih RM2 juta.“Ya, pengutip hutang itu datang pada 23 Oktober 2026 perkara ini sangat sangat serius. Saya mengambil keputusan untuk beritahu sekarang sebab saya rasa perkara ini tidak boleh didiamkan.“Jumlah yang diminta adalah sebanyak RM2 juta lebih. Saya telah pun buat report polis atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya,” tegasnya.Tambah Nubhan, tindakan membuat laporan polis itu merupakan langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan anak-anak, keluarga dan dirinya terjamin.“Seperti saya cakap sebelum ini, jika membabitkan keluarga saya tidak akan berkrompomi. Saya juga telah berbincang dengan pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” maklumnya.Terdahulu, Nubhan mendakwa kediamannya didatangi beberapa individu yang dipercayai pengutip hutang dan sedang mencari bekas isterinya, Dr. Fie.Menerusi perkongsian di media sosial, Nubhan, 40, menegaskan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan dirinya, anak-anak dan keluarga terancam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved