Polis sahkan terima laporan Nubhan, dakwa pengutip hutang cari Dr. Fie

LocalEntertainment
12 Nov 2026 • 2:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis sahkan terima laporan Nubhan, dakwa pengutip hutang cari Dr. Fie

SEREMBAN – Pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad yang mendakwa didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Nubhan, 40, yang juga seorang usahawan itu telah membuat laporan polis pada 23 Oktober lalu.

“Laporan polis kes berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘cover report’ dan setakat ini tiada kertas siasatan dibuka. Bagaimanapun, pihak polis memantau perkembangan kes ini.

“Pihak kami juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes ini kerana ia membabitkan hal peribadi dan sulit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, Nubhan membuat laporan polis di Balai Polis Paroi kerana bimbang akan keselamatan anak-anaknya yang kini berada di bawah jagaan bekas isteri.

Nubhan yang berkongsi salinan laporan polis di media sosial memaklumkam, pengutip hutang tersebut mencari Dr. Fie kerana berhutang dalam jumlah yang besar dan enggan memberikan kerjasama.

“Saya tidak mahu anak-anak saya diganggu oleh pihak pengutip hutang berkenaan kerana bimbang anak-anak saya berada dalam keadaan ketakutan dan trauma serta mengganggu emosi anak-anak saya atas perkara ini.

“Atas hal ini, saya datang ke balai buat laporan polis kerana bimbang keselamatan anak-anak serta takut terjadi apa-apa hal di kemudian hari,” kongsinya dalam laporan polis tersebut.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3. – KOSMO! ONLINE

The post Polis sahkan terima laporan Nubhan, dakwa pengutip hutang cari Dr. Fie appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved