Nurul Izzah Nafi Dakwaan Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

LocalPolitics
28 Mar 2026 • 6:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Spekulasi berhubung Nurul Izzah Anwar yang didakwa telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disahkan tidak benar.

Ketika dihubungi media, Nurul Izzah menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai “berita palsu”.

Beliau menegaskan masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dan tidak pernah meletakkan jawatan seperti yang didakwa, sekali gus menamatkan spekulasi yang tular.

Dakwaan tidak berasas itu dipercayai berpunca daripada laporan yang disiarkan oleh beberapa saluran berita berbahasa Tamil, termasuk Makkal Osai.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai maklumat tidak sahih dan merujuk kepada sumber rasmi bagi mengelakkan kekeliruan. - Getaran, 28 Mac 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved