NVIDIA DLSS 4.5 Dilancarkan Dengan Kemampuan Janaan 6 Kali Ganda FPS

TechnologyGaming
8 Jan 2026 • 12:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Turut diumumkan di CES 2026 minggu ini ialah ciri NVIDIA DLSS 4.5 kini boleh digunakan pada siri kad grafik NVIDIA RTX50 dan RTX40. Menerusi DLSS 4.5, ciri kecerdasan buatan (AI) Multi Frame Generation boleh menjana sehingga 6 kali ganda lebih banyak bingkai sesaat (FPS) berbanding sehingga 5 kali ganda menerusi DLSS 4.0. Menurut NVIDIA, pemilik kad grafik siri RTX 50 kini boleh menikmati permainan video kegemaran mereka pada kadar melebihi 240 FPS.

image is not available

DLSS 4.5 juga membawakan ciri baharu Dynamic Multi Frame Generation yang hanya menjana FPS tambahan apabila diperlukan sahaja. Ini akan mengurangkan beban ke atas GPU. Tambah NVIDIA lagi lebih 400 permainan video dan aplikasi kini disokong oleh DLSS 4.5.

image is not available

Selain itu DLSS 4.5 juga membawakan sokongan Super Resolution generasi kedua yang menawarkan pencahayaan yang lebih baik, sisi objek yang kelihatan kurang bergerigi dan imej yang kelihatan lebih tajam. Kesemua siri kad grafik RTX boleh mengakses ciri Super Resolution baharu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved