NVIDIA Melabur $500 Juta Pada Corning

TechnologyBusiness & Finance
6 May 2026 • 10:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA Melabur $500 Juta Pada Corning

NVIDIA sedia aktif melabur pada sejumlah syarikat, dan terbaru mereka mengumumkan akan melabur sebanyak $500 juga pada syarikat Corning. Seperti ramai sedia maklum, Corning terkenal dengan pembangunan kaca untuk penggunaan peranti, termasuk untuk skrin, sambungan optikal, dan sebagainya.

Melalui pelaburan dan kerjasama ini, Corning akan memperluaskan lagi kapasiti pengeluaran di Amerika Syarikat sehingga 10 kali ganda berbanding sedia ada. Corning dikatakan meningkatkan pendapatan mereka kebelakangan ini disebabkan oleh letusan kecerdasan buatan dan permintaan pusat data yang membawa kepada permintaan tinggi untuk gentian optik dalam mempercepatkan lagi proses pemindahan data dan berkaitan dengannya.

Dengan pelaburan ini, NVIDIA dilihat mengukuhkan lagi pelaburan dalam memastikan infrastruktur yang mencukupi untuk menampung permintaan kecerdasan buatan dan pusat data, yang mana secara tidak langsung membolehkan NVIDIA turut berkembang pesat olehnya.