Godaman GeForce NOW Hanya Melibatkan Rakan Perkhidmatan, Sistem Dalaman NVIDIA Tidak Terkesan

TechnologyGaming
6 May 2026 • 12:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Godaman GeForce NOW Hanya Melibatkan Rakan Perkhidmatan, Sistem Dalaman NVIDIA Tidak Terkesan

Pada minggu lepas, satu insiden berkenaan isu godaman pengkalan data NVIDIA telah digodam melalui oerkhidmatan penstriman permainan GeForce NOW telah dilaporkan. NVIDIA baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi baru-baru ini, dan telah mengesahkan satu insiden godaman telah berlaku, tetapi ia tidak memberi kesan kepada pihak NVIDIA.

Menurut NVIDIA, apa yang telah berlaku ialah rakan perkhidmatan yang membantu menawarkan perkhidmatan GeForce NOW telah digodam, dan insiden tersebut telah menyebabkan data sejumlah pengguna perkhidmatan tersebut di Armenia telah dicuri. Siasatan oleh pihak NVIDIA mendapati bahawa data NVIDIA sendiri tidak terkesan dengan serangan godaman tersebut

“Our investigation found no impact to NVIDIA-operated services. The issue is limited to systems run by a third-party GeForce NOW Alliance partner based in Armenia. We are working closely with the partner to support their investigation and resolution. Impacted users will be notified by GFN.am.

Image from: Godaman GeForce NOW Hanya Melibatkan Rakan Perkhidmatan, Sistem Dalaman NVIDIA Tidak Terkesan

Menurut hantaran di Breach Forums, pihak penggodam tersebut mengatakan bahawa mereka telah berjaya mendapatkan butiran nama, alamat, nama pengguna, tarikh lahir, status keahlian dan sekuriti 2FA dan lain-lain.

Kenyataan NVIDIA memperlihatkan bahawa butiran data ini hanya melibatkan perkhidmatan GFN.am yang berpengkalan di Armenia, dan merupakan salah satu daripada rakan pembekal perkhidmatan GeForce Alliance, menyerupai apa yang ditawarkan oleh Yes di Malaysia, yang merupakan pembekal perkhidmatan GeForce NOW di Malaysia.