NVIDIA Melangkaui Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai Tinggi Di Dunia

TechnologyDigital
6 Nov 2024 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA hari ini sekali lagi memperlihatkan harga sahamnya meningkat, sekaligus membawa kepada posisi syarikat paling bernilai tinggi di dunia, mengatasi Apple yang memegang posisi berkenaan sekian lama.

Mengikut nilai saham semasa, NVIDIA kini mempunyai nilai pasaran $3.43 trilion, sementara Apple pula pada $3.377 trilion.

NVIDIA pada tahun ini sendiri memperlihatkan peningkatan mendadak dari segi harga saham, mahupun permintaan produk – selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan yang bergantung kepada cip keluaran NVIDIA. Ia akan menjadi cabaran untuk NVIDIA terus mengekalkan posisi berkenaan, apatah lagi dengan pelbagai syarikat teknologi mula membangunkan cip kecerdasan buatan masing-masing dalam usaha menjimatkan kos.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved