“Nyawa orang jangan dibuat main” – Netizen Luah Rasa Sedih Tragedi Pendaki Hilang Ditemui M*ut Di Gunung Liang

17 Oct 2025 • 2:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular berita berkenaan seorang pendaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 10 orang rakan di Gunung Liang, Tanjung Malim, Perak.

Walau bagaimanapun, semalam, dilaporkan mangsa ditemukan maut pada jam 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat.

Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah, lelaki yang dikenali sebagai Mustaqqeem Mansor, 34, yang beralamat di Sungai Petani, Kedah telah memulakan pendakian pada 10 Oktober lalu dari Bukit Fraser, Pahang dan dijadualkan turun di Gunung Liang.

Ketua operasi melakukan pencarian mangsa dengan mengaplikasikan konsep LAST dan mengikuti peta laluan pendakian sehingga ke lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

image is not available

Shazlean berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu membabitkan 22 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pasukan Bantuan Sukarela (PBS) Slim Village dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Mangsa difahamkan mendaki bersama 10 rakan dan kali terakhir dilihat pada Selasa sekitar 10.30 malam di puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan.

image is not available

Helikopter bomba bakal bawa turun mangsa pagi ini 

Menurut Shazlean, helikopter bomba dijangka digunakan bagi membawa turun mangsa dari lokasi kejadian pada 9 pagi ini.

Berdasarkan laporan dari Unit Udara Bomba, penggunaan helikopter tidak dapat dilakukan pada masa ini (semalam) atas faktor cuaca, maka pasukan penyelamat kedua akan naik ke atas bersama kelengkapan bagi menggantikan pasukan penyelamat pertama.

“Pasukan berkenaan akan bermalam di atas puncak Gunung Liang, manakala kerja-kerja membawa turun mangsa menggunakan helikopter akan dilaksanakan pada 9 pagi esok,” katanya.

Dalam pada itu, berita berkenaan mendapat perhatian netizen yang sedih dengan tragedi yang berlaku memohon pihak penganjur dan ‘sweeper’ untuk bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku.

image is not available

image is not available

Terdahulu, tular laporan media berkenaan seorang lelaki dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti mendaki bersama 10 rakan di Gunung Liang dengan pasukan bomba melakukan SAR.

Sumber: Berita Harian, Threads

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.