Oasis Harvest lantik Dr Lim Zhao Qi anggotai Lembaga Pengarah

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2026 • 5:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Oasis Harvest lantik Dr Lim Zhao Qi anggotai Lembaga Pengarah Image from: Oasis Harvest lantik Dr Lim Zhao Qi anggotai Lembaga Pengarah liza16/10/2026 - 17:05 Datuk Wira Dr Lim Zhao Qi Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 Okt – Oasis Harvest Corporation Berhad melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) European Credit Investment Bank Ltd, Datuk Wira Dr. Lim Zhao Qi, sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa 13 Oktober 2026.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Oasis Harvest berkata pelantikan itu membolehkan Dr. Lim menyumbang kepakarannya dalam bidang perbankan pelaburan dan pengurusan korporat bagi menyokong rancangan pengembangan perniagaan kumpulan.

 

Dr. Lim, 40 memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dalam bidang Kewangan dan Teknologi Maklumat dari University of Technology Sydney.

 

Beliau memulakan kerjaya sebagai pelatih di Bahagian Analisis Risiko UBS Bank di Sydney pada 2007 sebelum memegang pelbagai jawatan dalam industri pembuatan peralatan perubatan, media, teknologi, pertukaran wang, perdagangan minyak makan dan logam berharga.

 

Pengalaman dalam perbankan pelaburan

Sejak 2014, Dr. Lim berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan European Credit Investment Bank Ltd.

 

Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Bank Pelaburan Labuan (LIBA) pada Disember 2023 sebelum dinaikkan ke jawatan Pengerusi pada Mei 2024.

 

Sepanjang kerjayanya, beliau juga pernah memegang jawatan pengarah urusan Screen Technology (MSC) Sdn Bhd dan ScreenMedia Sdn Bhd, selain menjadi Pengarah Eksekutif Scientillence Sdn Bhd serta kumpulan syarikat Superior GoldSilver.

 

Beliau turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Superior GoldSilver And Jewellery Berhad pada 28 Mac 2012.

 

Sokong pengembangan perniagaan kumpulan

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Oasis Harvest Corporation Berhad, Ch’ng Eu Vern berkata pengalaman Dr. Lim dalam perbankan pelaburan dan kepimpinan korporat dijangka memberikan nilai tambah kepada kumpulan ketika memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.

 

Beliau berkata kepakaran itu akan membantu kumpulan menilai peluang pelaburan, mengekalkan disiplin kewangan dan memastikan inisiatif pertumbuhan selaras dengan kepentingan jangka panjang pemegang saham.

 

Oasis Harvest meneruskan pembangunan perniagaan teras makanan dan minuman (F&B) yang merangkumi De.Wan 1958, Café Chef Wan dan Uncle Don's.

 

Kumpulan itu juga sedang membuat persediaan untuk memperkenalkan konsep kopitiam baharu yang menyasarkan segmen pasaran makanan dan minuman umum.

 

Selain itu, Oasis Harvest telah mempelbagaikan kegiatan perniagaannya kepada perkhidmatan pengurusan acara dan perhubungan awam menerusi anak syarikat milik 80 peratusnya, Contagious (Malaysia) Sdn Bhd.

 

Langkah itu memperluas skop operasi kumpulan selain menambah sumber pendapatan kepada perniagaannya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved