
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 10 meter di Aquatic Centra, sebentar tadi.
Bersaing peringkat separuh akhir esok
Dia menamatkan terjunan di kedudukan ke-12 selepas mengumpul 283.56 mata secara keseluruhan dan akan bersaing dalam peringkat separuh akhir esok.
Manakala, wakil dari China, Chen Yiwen mendahului senarai tempat tempat dengan 356.40 mata diikuti penerjun dari Australia Keeney Maddison dan Vazquez Montano Aranza di tempat ketiga.

