
Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, merekodkan kemenangan kesembilan dalam karier ONE Championship selepas menewaskan petarung dari Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, malam tadi.
Wakil negara berusia 19 tahun itu menewaskan Paez menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) selepas mengharungi pertarungan tiga pusingan dalam kategori flyweight dalam acara The Inner Circle 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand itu.
"Jojo" gets REVENGE 💪 Malaysian-American sensation Johan Ghazali avenges his loss to Diego Paez after three hard-fought rounds! 🔴 ONE-TIME OFFER: Get BOTH The Inner Circle 35 and ONE SAMURAI 4 when you subscribe to The Inner Circle NOW! #TheInnerCircle35 | 🔴 LIVE NOW 🔴 Join The Inner Circle for only USD9.99/month at https://t.co/wZyjoitSRT. 🎁 Save 10% on your first month with code "WELCOME10".
— ONE Championship (@ONEChampionship) October 16, 2026
Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Jojo menebus kekalahan kepada lawan yang sama yang pernah menewaskannya menerusi keputusan berbelah bagi (split decision) pada aksi ONE Fight Night 32, Jun tahun lalu.
Terdahulu, dalam dua aksi sebelum ini menyaksikan Jojo tewas tewas dalam dua pertarungan berturut-turut kepada Shimon Yoshinari dan Ramadan Ondash.






