ONE Championship: Jojo Ghazali Sedia Hadiahkan Kekalahan Pertama Buat Estupinan

24 Jan 2025 • 4:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Semakin mendebarkan apabila jaguh muai thai negara, Jojo Ghazali bakal beraksi melawan bintang Colombia iaitu Johan Estupinan untuk aksi ONE 170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand hari ini.

Memetik laporan Stadium Astro, Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar meneruskan misinya memburu kemenangan ketujuh daripada lapan penampilan dalam ONE Championship.

Jojo Ghazali yakin dapat hadiahkan kekalahan pertama buat Estupinan

image is not available

Foto: Instagram @nicatkinone

Walau bagaimanapun, misi yang ingin digapainya itu tidak begitu mudah kerana Estupinan akan mengenakan sebuah tumbukan padu yang diwar-warkan memiliki rekod kemenangan 100 peratus.

Petarung dari Sarawak itu tampak tidak gentar dan putus asa dan mahu membuktikan kepada dunia bahawa pertarungan kali ini dia bakal menyajikan skil muay thainya merupakan antara yang terbaik.

image is not available

Foto: ONE Championship

“Di mata peminat, ini adalah pertarungan seimbang, jadi saya mahu membuktikan bahawa saya ada yang terbaik.

“Saya tidak sabar untuk menunjukkan skil saya kepada dunia,” ujarnya dengan penuh semangat.

Diberi nama julukan sebagai Panda Kick, petarung hebat dari Columbia berusia 22 tahun berkenaan telah memegang rekod sempurna 26-0, serta berjaya mencipta namanya sebagai seorang bintang muda berbisa dengan hasil empat kemenangan berturut-turut di pentas ONE Championship, termasuk tiga kemenangan knock out (KO).

image is not available

Foto: ONE Championship

Untuk rekod, pada September tahun lalu, Jojo telah bangkit daripada kekalahannya menentang petarung hebat dunia, iaitu Nguyen Tran Duy Nhat yang berasal dari Vietnam dengan kemenangan ‘knockout’ (KO) ke atas jaguh Mexico, Josue Cruz pada ONE 168: Denver di Ball Arena, Denver Colorado, Amerika Syarikat.

Hasil kemenangannya itu bukan sahaja memperbaiki rekodnya dalam ONE Championship kepada 6-1, tetapi Johan turut membawa balik bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (sejumlah RM222,000).

image is not available

Foto: ONE Championship

Bukan itu sahaja, selain pertarungan dua pemuda berkenaan, ONE 170 juga bakal menyaksikan tiga pertarungan gelaran dunia yang dinanti-nantikan.

Petarungan dunia itu membabitkan kategori featherwight antara Tawanchai PK Saenchai (juara) menentang Superbon; bantamweight antara Superlek Kiatmoo9 (juara) menentang Nico Carrillo dan MMA bantamweight membabitkan Fabricio Andrade (juara) menentang Kwon Won-il.

Aksi ONE 170 akan bermula hari ini pada jam 8:30 malam.