One UI 8 Watch Boleh Dimuat Turun Samsung Galaxy Watch Ultra Di Malaysia

LocalTechnology
8 Aug 2025 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Watch Ultra tidak dikemaskini dengan model baharu semasa siri Galaxy Watch8 dilancarkan beberapa minggu lalu. Sebaliknya ia hanya ditawarkan dalam warna baharu Titanium Blue serta sistem operasi One UI 8 Watch berasaskan Wear OS 6. Dua minggu lalu Galaxy Watch Ultra di Korea Selatan mula menerima sistem operasi terkini ini dan minggu ini ianya juga boleh dilakukan pemilik di Malaysia.

image is not available

Saiz kemas kini ialah 1935.78 MB dengan ia dilakukan secara OTA menerusi aplikasi Samsung Wearables atau terus daripada skrin tetapan jam. Ia membawakan ciri baharu seperti Running Coach, Vascular Load, Antioxidant Index dan Gemini yang boleh diakses terus daripada jam.

Walaupun Galaxy Watch Ultra tidak menerima model baharu, ia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Galaxy Watch8 kerana berkongsi cip pemproses Exynos W1000 tetapi mengekalkan ciri eksklusif penggera kecemasan.