OnePlus 16 Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, Bateri 9000mAh

TechnologyDigital
13 Oct 2026 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 16, telefon mercu seterusnya OnePlus telah pun kini dilancarkan secara rasmi di China. Ia hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, sekaligus menyaingi pelbagai penawaran lain di pasaran.

Image from: OnePlus 16 Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, Bateri 9000mAh

OnePlus 16 menggunakan skrin 6.78-inci dengan sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz, dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, serta cip tambahan G3 eSports yang menawarkan pengalaman permainan video lebih baik melaluinya. OnePlus 16 hadir dengan pilihan 12GB RAM dan 16GB RAM, dengan storan mencapai sehingga 1TB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera utama dibelakang dengan lensa 200-megapixel yang dipadankan bersama 50MP kamera ultra-lebar dan 50MP telefoto 6x zum. Pada bahagian hadapan, ia menyertakan kamera 50-megapixel.

Image from: OnePlus 16 Dilancarkan Di China – Hadir Dengan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, Bateri 9000mAh

Melengkapkan peranti ini adalah bateri 9000mAh dengan sokongan pengecasan 100W SuperVOOC.

Buat masa ini, OnePlus 16 hanya ditawarkan di China sahaja. Ia tidak lagi diketahui berkenaan perancangan OnePlus untuk peranti ini bagi pasaran global, termasuk Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved