OnePlus Perkenalkan Kabel Yang Boleh Mengecas Telefon Pintar Dan Jam Tangan Secara Serentak

TechnologyDigital
17 Jul 2025 • 6:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam era serba pantas, pengecasan serentak peranti pintar menjadi keperluan harian. Menjawab keperluan ini, OnePlus memperkenalkan kabel baharu 2-dalam-1 SuperVOOC yang membolehkan pengecasan telefon pintar dan jam tangan pintar dilakukan secara serentak.

image is not available

Kabel ini menggunakan sambungan USB-C standard dengan tambahan pengecas magnet terbina khas untuk jam tangan pintar keluaran OnePlus seperti Watch 2, Watch 2R, Watch 3 dan Watch 3 (43mm). Ia berukuran 120cm dan memerlukan kepala pengecas berasingan namun boleh sahaja digunakan bersama pengecas sedia ada.

image is not available

Kabel SuperVOOC ini menyokong kuasa output sehingga 66W untuk telefon pintar dan pengecasan 10W bagi jam tangan pintar. Warna merah ikonik turut dikekalkan selari dengan identiti jenama OnePlus. Harga jualan ialah $29.99 (~RM127).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved