OnePlus Turbo 6 Dan 6V Dilancarkan Dengan Bateri 9000mAh

TechnologyDigital
9 Jan 2026 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus secara rasminya telah melancarkan siri peranti baharu mereka iaitu OnePlus Turbo 6 dan OnePlus Turbo 6V di China. Apa yang menarik perhatian kami ialah kapasiti bateri yang sebesar 9,000mAh. Walaupun bateri berkapasiti besar, peranti hanya setebal 8.5mm dan berat sekitar 215g.

image is not available

Untuk spesifikasi, OnePlus Turbo 6 ialah peranti yang lebih mercu dengan skrin 6.78-inci OLED, resolusi 1.5K serta kadar segar semula 165Hz. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8s Gen 4, dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.1 dan bateri 9,000mAh yang menyokong pengecasan 80W SuperVOOC.

Dari segi kamera lensa sudut lensa 50MP dengan OIS, lensa monokrom 2MP serta kamera swafoto 16MP. Bercakap mengenai ketahanan, peranti mempunyai penarafan kalis air dan debu IP69.

image is not available

Untuk spesifikasi, OnePlus Turbo 6V ialah peranti dengan skrin 6.78-inci OLED, resolusi 1.5K serta kadar segar semula 144Hz. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 7s Gen 4, memori sehingga 12GB LPDDR4X, storan sehingga 512GB UFS 3.1. dan bateri 9,000mAh yang menyokong pengecasan 80W SuperVOOC.

Dari segi kamera ia sama sahaja iaitu lensa sudut lensa 50MP dengan OIS, lensa monokrom 2MP serta kamera swafoto 16MP. Bercakap mengenai ketahanan, peranti mempunyai penarafan kalis air dan debu IP69.

Di China, OnePlus Turbo 6 dijual pada harga bermula RMB 2,300 (~RM1,340) manakala Turbo 6V bermula RMB 1,900 (~RM1,106). Buat masa ini, belum diketahui sama ada siri Turbo ini akan ditawarkan untuk pasaran global ataupun mungkin dijenamakan semula sebagai siri Nord untuk pasaran Malaysia kelak.