Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi 14 Hari Bayar Saman

LocalCars
11 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Op Tegar JPJ: 945 Syarikat Diberi  14 Hari Bayar Saman

image.png

Sebanyak 940 syarikat kenderaan barangan dan lima syarikat bas kini dalam radar penguatkuasaan selepas dikesan mempunyai lebih 20 saman tertunggak.

image.png

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli  kesemua syarikat berkenaan mempunyai keseluruhan 40,595 saman tertunggak mencecah RM12.18 juta bagi tempoh 2023 hingga 2026.

Operasi Tegar Sasarkan 40,595 Saman Berulang

Menerusi Op Tegar yang dilancarkan di JPJ Ipoh, pihak berkuasa mendedahkan jumlah keseluruhan rekod yang belum dibayar mencecah RM12.18 juta.

Daripada jumlah itu, kategori kenderaan barangan mencatatkan sebanyak 40,222 kesalahan manakala syarikat bas merekodkan 373 saman tertunggak.

Risiko Digantung Permit dan Sita Kenderaan Atas Jalan

image.png

Tindakan susulan secara bersasar akan diambil sekiranya syarikat terbabit masih ingkar selepas tempoh dua minggu tamat.

Antara hukuman berat menanti termasuklah kerjasama strategik bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menggantung permit operasi syarikat.

Selain itu, pengarah JPJ negeri diarahkan mengambil tindakan agresif menahan serta menyita kenderaan terbabit sekiranya masih dikesan beroperasi di atas jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved