OpenAI hari ini membuat kejutan dengan mengambil-alih TBPN (Technology Business Programming Network), iaitu sebuah syarikat yang memfokuskan kepada siaran rancangan memfokuskan bicara teknologi dan inovasi. Pengambil-alihan ini juga agak mengejutkan, memandakgan TBPN adalah dalam arena media, dan berbeza dengan OpenAI yang memfokuskan arena kecerdasan buatan.

OpenAI mengatakan TBPN agak unik memandangkan pelbagai bicara berkaitan inovasi dan arena kecerdasan buatan berlaku melaluinya. TBPN sedia diikuti ramai dalam mengetahui pelbagai perkembangan teknologi harian, dan OpenAI menyasarkan untuk menggunakannya dalam komunikasi serta penyampaian berkenaan perkembangan mereka kepada umum. Dengan sokongan OpenAI, TBPN juga dijangka akan boleh berkembang lebih luas, serta pada masa yang sama membawa kepada bicara melibatkan inovasi dan perkembangan kecerdasan buatan janaan.
TBPN akan terus beroperasi seperti biasa, dengan kebebasan pada editorial dan lain-lain. Disamping penyampaian perkembangan dan informasi, ia juga dilihat TBPN berpontesi menjadi salah satu saluran pemasaran untuk OpenAI dalam mengetengahkan dan mempromosi penawaran serta perkhidmatan mereka.
Nilai pengambil-alihan tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.


