
Amazon kini diperkatakan berminat untuk mengambil-alih syarikat satelit komunikti popular, Globalstar, sekaligus turut mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena perkhidmatan berasaskan satelit. Untuk makluman, Amazon sendiri sedia membangunkan perkhidmatan internet berasaskan satelit mereka tersendiri dinamakan Leo, dan sekiranya pengambil-alihan ini berjaya akan membuatkan penawaran Amazon antara pesaing yang baik kepada Starlink.

Buat masa ini, ia dikatakan perbincangan dalam proses. Namun, salah satu faktor yang mungkin menyukarkan proses ini adalah pegangan sebanyak 20% oleh Apple pada Globalstar. Pada masa yang sama, Amazon dilihat masih jauh ketinggalan dalam pelancaran satelit untuk mengukuhkan perkhidmatan Leo, dan sekiranya mengambil-alih Globalstar, mereka akan menerima akses kepada pelbagai satelit dengan lebih pantas, dan memperluaskan perkhidmatan Amazon Leo dengan lebih meluas dan laju lagi.
Sebelum ini, ia turut diperkatakan SpaceX turut telah mengadakan perbincangan untuk mengambil-alih Globalstar. Mengikut anggaran pada tahun lepas, Globalstar dilihat mungkin mencapai harga jualan melangkaui $10 bilion. Amazon dan Globalstar tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baharu ini.


