OpenAI Ingin Gabung ChatGPT, Pelayar Web Dan Codex Menjadi Satu Aplikasi Untuk Desktop

TechnologyStartup
20 Mar 2026 • 9:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI sebelum ini telah dikatakan ingin lebih memfokuskan kepada penawaran produk, dengan lebih perhatian diberikan kepada penawaran pengaturcaraan dan juga perusahaan. Lanjutan daripadanya, kini OpenAI  ingin mengabungkan penawaran aplikasi mereka, termasuk aplikasi ChatGPT, pelayar web Atlas dan juga aplikasi pengaturcaraan Codex, menjadi satu aplikasi desktop sahaja.

image is not available

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses pembangunan dan penawaran kepada pengguna. Pihak OpenAI mengatakan sesuatu syarikat melalui pelbagai fasa penerokaan dan pembangunan, serta fasa untuk fokus kembali. Kini, apabila mereka melihat permintaan dan penggunaan Codex yang meningkat, maka OpenAI ingin lebih memfokuskan kepadanya.

Sebelum ini, lebih fokus diberikan kepada ChatGPT yang beroperasi sebagai enjin pemberi jawapan. Namun, nampaknya ia lebih mudah dijual apabila mereka menyediakan penawaran khusus kepada pengaturcaraan dan perusahaan berbanding pengguna akhir. Langkah ini juga dilihat diambil dalam mengatasi dan bersaing secara sihat bersama Google dan juga Anthropic. Google sedia mempunyai pengguna tinggi melalui penawaran perusahaan dan Google Workspace, sementara Anthropic pula mempunyai peminat pengatucara tersendiri yang menggunakannya secara aktif. OpenAI dilihat menghadapi cabaran, dan kini ingin lebih memfokuskan kepada penawaran produk mereka.

— Fidji Simo (@fidjissimo) March 19, 2026