OpenAI Memperkenalkan SearchGPT – Sokongan Enjin Carian Dikuasakan AI

TechnologyDigital
26 Jul 2024 • 7:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini secara rasminya mengumumkan penawaran enjin carian mereka tersendiri, dinamakan SearchGPT. Melaluinya, ia menawarkan sokongan enjin carian yang melakukan carian masa-nyata pada pelbagai laman web di arena internet dan memaparkan maklumat berkaitan kepada pengguna.

image is not available

Melalui SearchGPT ia tidak memaparkan pautan terus, sebaliknya ia merumuskan jawapan kepada sesuatu persoalan yang ditanya – selain turut memaparkan sebuah pautan berkaitan kepada laman berkaitan. Seperti pada ChatGPT, pengguna turut boleh bertanyakan soalan susulan, dan ia akan memahami sesuatu konteks pertanyaan.

Buat masa ini, SearchGPT masih belum dibuka kepada umum, dan ditawarkan dalam bentuk prototaip kepada sejumlah pengguna sahaja. Enjin carian ini dikuasakan oleh GPT-4, dan ia dikatakan bekerjasama dengan sejumlah penyedia kandungan dalam memperlihatkan hasil carian berkenaan.

image is not available

Dengan penawaran ini juga, akhirnya pengguna akan mempunyai akses kepada “ChatGPT dengan sokongan info masa-nyata”, dan tidak lagi tertakluk kepada penggunaan ChatGPT yang sering memaparkan informasi dan data yang lama.