
Sam Altman, CEO OpenAI, syarikat sebalik ChatGPT, hari ini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana berjumlah $110 bilion daripada tiga pihak, iaitu Amazon, NVIDIA dan juga SoftBank. Mengikut laporan, Amazon melabur sebanyak $50 Bilion, sementara NVIDIA dan SoftBank masing-masing sebanyak $30 bilion.

Dengan pelaburan ini, OpenAI kini dinilaikan sekitar $730 bilion. Sebelum ini, pada Oktober lepas ketika ia meraih suntikan dana daripada pelabur, ketika itu OpenAI dinilaikan sekitar $500 bilion.
Bersama-sama dengan ini juga, OpenAI dan Amazon mengumumkan kerjasama strategik, dimana sebuah model khusus akan dibangunkan dalam menguasakan pelbagai aplikasi Amazon untuk pengguna awam. Disamping itu, kerjasama dengan AWS juga akan turut diperluaskan untuk tahun-tahun akan datang, serta menjadi platform pihak ketiga utama yang menawarkan OpenAI Frontier.
Pada perkongsian berkenaan pelaburan ini, Sam Altman turut menekankan yang mana mereka akan mengekalkan kerjasama dengan pihak Microsoft seperti sebelum ini, termasuk menawarkan beberapa API secara eksklusif bersama Microsoft.
We have raised a $110 billion round of funding from Amazon, NVIDIA, and SoftBank.
— Sam Altman (@sama) February 27, 2026
We are grateful for the support from our partners, and have a lot of work to do to bring you the tools you deserve.

