ChatGPT Kini DIgunakan Lebih 900 Juta Pengguna Aktif Mingguan – Lebih 50 Juta Pelanggan Berbayar

TechnologyDigital
28 Feb 2026 • 2:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini mengumumkan penerimaan suntikan dana pelaburan baharu berjumlah $110 bilion, sekaligus menilaikan syarikat mereka pada nilai $730 bilion. Selari dengannya juga, OpenAI turut berkongsi sejumlah statistik menarik berkaitan perkhidmatan mereka.

Menurut OpenAI, kini perkhidmatan ChatGPT digunakan lebih 900 juta pengguna aktif setiap minggu, dan lmempunyai lebih 50 juta pelanggan berbayar. Selain pelanggan individu, ChatGPT juga turut mempunyai lebih 9 juta pelanggan yang melanggan akaun perusahaan.

image is not available

Menurut OpenAI, mereka melihat peningkatan pelanggan mendadak pada awal tahun, menjadikan Januari dan Februari mencatatkan angka pelanggan yang tertinggi dalam sejarah.

Disamping itu, penggunaan Codex juga meningkat tiga kali ganda, dan kini mempunyai 1.6 juta pengguna. Ramai yang mula menggunakannya dalam menghasilkan dan mengautomasikan pembangunan perisian. Namun, tiada data yang dikongsikan OpenAI berkaitan pengguna pelayar web mereka, Atlas.

Setakat ini, yang paling dekat mengejar ChatGPT dari segi angka pengguna adalah Google Gemini, yang sebelum ini dikatakan mempunyai 750 juta pengguna aktif bulanan.