OpenAI Perkenal Model GPT-5.4 Pada ChatGPT

TechnologyDigital
6 Mar 2026 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI hari ini mengumumkan pengenalan model GPT-5.4, sekaligus membolehkan para pengguna menggunakannya di ChatGPT melalui pilihan GPT-5.4 Thinking, selain melalui akses pada API dan juga pada Codex.

OpenAI menyatakan model ini adalah model paling berpengetahuan terutamanya untuk kerja-kerja profesional, serta disesuaikan untuk penaakulan, pengaturcaraan dan gerak kerja AI berejen. Model ini turut menawarkan sokongan sehingga 1 juta token untuk konteks.

Model baharu ini turut dikatakan boleh menyelesaikan sejumlah tugasan dengan penggunaan kadar token lebih rendah berbanding versi sebelumnya. Selain itu, kadar halusinasi juga berkurangan, dan dikatakan ia membawa 33% pengurangan dalam melakukan kesilapan jikalau dibandingkan dengan versi GPT 5.2 sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan ChatGPT, boleh mencuba GPT-5.4 Thinking pada ChatGPT hari ini.