OpenMove AI lantik Steven Lim sebagai CEO Kumpulan berkuat kuasa 1 Oktober 2026

LocalBusiness & Finance
24 Sep 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

OpenMove AI lantik Steven Lim sebagai CEO Kumpulan berkuat kuasa 1 Oktober 2026 Image from: OpenMove AI lantik Steven Lim sebagai CEO Kumpulan berkuat kuasa 1 Oktober 2026 amree24/09/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Sept — OpenMove AI Berhad, yang sebelum ini dikenali sebagai Rexit Berhad, menyusun semula kepimpinan kanan kumpulan dengan melantik Steven Lim Kee Seng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, berkuat kuasa 1 Oktober 2026.

 

Pelantikan itu menyaksikan CEO semasa, Gallen Lee Choon Teng, mengambil alih peranan sebagai CEO Perniagaan dengan tumpuan khusus kepada aspek pengukuhan perniagaan Software-as-a-Service (SaaS) sedia ada kumpulan rumusan teknologi berkenaan.

 

Pengerusi OpenMove AI, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pengalaman luas Lim dalam teknologi, transformasi korporat dan pembangunan perniagaan strategik dijangka menyumbang kepada fasa pertumbuhan seterusnya kumpulan.

 

"Struktur kepimpinan baharu itu membolehkan kumpulan memberi tumpuan lebih besar kepada pengukuhan perniagaan sedia ada sebagai penyedia penyelesaian SaaS, selain meneroka aliran perniagaan baharu merentasi pelbagai industri," jelas beliau.

 

Lim mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang rumusan keselamatan negara, penstrukturan korporat, pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), transformasi serta pembangunan perniagaan strategik di rantau ASEAN.

 

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Konsultan Perniagaan Kanan Serantau di NEC Asia Pacific, CEO Kumpulan TIME Engineering Berhad yang kini dikenali Dagang Nexchange Berhad, selain pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Strategi Korporat di Multimedia Development Corporation yang kini dikenali sebagai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

 

Lim memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Edith Cowan University, Australia serta Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Ngee Ann Polytechnic, Singapura.

 

Dalam makluman berasingan, OpenMove AI turut mengumumkan peletakan jawatan Nicholas Tan Chin Yau sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), berkuat kuasa pada 1 Oktober 2026, bagi meneruskan matlamat dan kepentingan peribadi lain.

 

Perubahan kepimpinan itu berlaku ketika OpenMove AI terus membangunkan perniagaan SaaS sedia ada sambil memperluas keupayaannya dalam kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan, data dan automasi.

 

Kumpulan itu menyediakan penyelesaian kepada sektor insurans, perkhidmatan kewangan dan perusahaan, selain logistik, penyelarasan rantaian bekalan serta inisiatif pendigitalan sektor awam, dengan fokus kepada automasi dan analitik berasaskan AI, platform perusahaan berasaskan awan serta kecerdasan data.

 

Dengan pelantikan CEO Kumpulan baharu dan pembahagian tanggungjawab yang lebih jelas antara kepimpinan kumpulan dan operasi SaaS, OpenMove AI berkata struktur tersebut akan menyokong usaha memperkukuh perniagaan teras serta meneroka peluang pertumbuhan baharu merentasi industri. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved