Operasi bersepadu seperti ‘NTF’ perlu diwujudkan semula, kekang PATI

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 1:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Operasi bersepadu seperti ‘NTF’ perlu diwujudkan semula, kekang PATI

KUALA LUMPUR – Operasi bersepadu yang menggabungkan pelbagai agensi keselamatan seperti Pasukan Petugas Khas (NTF) perlu diwujudkan semula dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, langkah berkenaan penting bagi memperkukuh kerjasama, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat dan penggunaan aset.

Beliau berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Gerakan Kebangsaan yang dipengerusikannya bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail.

Jawatankuasa berkenaan katanya, turut membabitkan agensi berkaitan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Setakat ini, usul berkenaan juga telah dimajukan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan terpulang kepada MKN untuk membawa cadangan tersebut ke peringkat kerajaan bagi pertimbangan dan pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Temubual Khas PAT sempena Hari ATM Ke-93 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Malek Razak berkata, pendekatan seperti NTF yang pernah dilaksanakan sebelum ini terbukti berkesan dalam menyelaras tindakan pelbagai agensi bagi menangani isu keselamatan di sempadan negara.

“Kita nampak ia (operasi secara NTF sebelum ini) berkesan. Jadi pendekatan itu mungkin perlu dihayati kembali (wujudkan semula NTF).

“Walaupun tidak dalam skala yang besar, tetapi (mampu) menangani masalah ini (PATI),” ujarnya.

Untuk makluman, NTF yang membabitkan gabungan 18 agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain dibubarkan secara rasmi pada 31 Disember 2022.-KOSMO! ONLINE

The post Operasi bersepadu seperti ‘NTF’ perlu diwujudkan semula, kekang PATI appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved