Xiaomi Pad 9 Pro Max Dengan Skrin 13.3″ Dilancarkan Sebagai Pesaing iPad Pro

TechnologyDigital
8 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain telefon lipat lebar Xiaomi 18 Fold, tablet profesional Xiaomi Pad 9 Pro Max turut dilancarkan semalam sebagai pesaing kepada iPad Pro dengan sistem operasi Android. Seperti iPad Pro, Pad 9 Pro Max hadir dengan skrin besar 13.3″ LCD dengan resolusi 3K 3:2 dan kadar segar semula 120Hz.

Image from: Xiaomi Pad 9 Pro Max Dengan Skrin 13.3″ Dilancarkan Sebagai Pesaing iPad Pro

Ini dipadankan dengan cip Xring 03 10 teras, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5T, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri 12,000 mAh yang menyokong pengecasan 120W secara berwayar. Seperti pada Xiaomi 18 Fold, versi dengan 16GB/1TB hadir dengan RAM LPDDR6 yang lebih pantas.

Image from: Xiaomi Pad 9 Pro Max Dengan Skrin 13.3″ Dilancarkan Sebagai Pesaing iPad Pro

Kamera utama di belakang sebesar 50MP dan di hadapan pula kamera swafoto sebesar 32MP. Sistem audio terdiri daripada 8 pembesar suara dan terdapat juga 6 mikrofon. Pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa. Kesemua komponen ini dimuatkan ke dalam tubuh hanya setebal 5.67mm dan seberat 645 gram.

Image from: Xiaomi Pad 9 Pro Max Dengan Skrin 13.3″ Dilancarkan Sebagai Pesaing iPad Pro

Seperti iPad Pro, Pad 9 Pro Max ditawarkan dengan aksesori papan kekunci merangkap penutup seakan komputer riba. Malahan tidak melampau untuk mengatakan papan kekunci Xiaomi ini mengambil inspirasi daripada papan kekunci Magic Keyboard kerana kelihatan sama. Terdapat papan kekunci berlampu, pada sesentuh besar dan port pengecassan USB-C di sisi.

Image from: Xiaomi Pad 9 Pro Max Dengan Skrin 13.3″ Dilancarkan Sebagai Pesaing iPad Pro

Sistem operasi HyperOS 4 berasaskan Android 17 digunakan. Ini membolehkan pelbagai ciri AI dan kecerdasan buatan digunakan. Selain sebagai sebuah tablet, Pad 9 Pro Max turut boleh digunakan sebagai monitor sekunder apabila disambungkan kepada sebuah konsol, dan komputer riba.

Di China harga jualan Xiaomi Pad 9 Pro Max adalah seperti di bawah.

  • 8/256GB – RMB 4,799 (~RM 2,892)
  • 12/256GB – RMB 5,299 (~RM3,310)
  • 16/256GB – RMB 5,799 (~RM3,625)
  • 12/512GB – RMB 6,099 (~RM3,810)
  • 16/512GB – RMB 6,599 (~RM4,125)

Versi Kaca Legap (Matte Glass)

  • 16/512GB – RMB 6,899 (~RM4,310)
  • 16/1000GB – RMB 7,899 (~RM4,935)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved