Operator Kilang Didakwa Rogol, Lakukan Seks Luar Tabii Dengan Pelajar Politeknik

27 Aug 2026 • 2:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Operator Kilang Didakwa Rogol, Lakukan Seks Luar Tabii Dengan Pelajar Politeknik

BUTTERWORTH - Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan perbuatan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang pelajar politeknik wanita berusia 20 tahun di sebuah hotel.

Muhammad Hazarul Zaim Rusli, 22,  membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ooi Sheow Yean.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol wanita berkenaan di sebuah bilik di Golden Oriental Hotel, Jalan Kampung Benggali, kira-kira jam 3.30 pagi pada 17 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Muhammad Hazarul Zaim turut didakwa melakukan perbuatan bertentangan dengan aturan tabii dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur mangsa tanpa persetujuannya, di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.

Jika sabit kesalahan, pertuduhan itu membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izad Firdaus mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan memerintahkannya melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Tertuduh turut dilarang menghubungi atau mengganggu mangsa yang didakwa.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September ini bagi penyerahan dokumen. - Getaran, 27 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved