Oppo Bakal Lancarkan Telefon Dengan Bateri 10,000mAh Pada 4 Ogos 2026

TechnologyDigital
30 Jul 2026 • 12:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Bakal Lancarkan Telefon Dengan Bateri 10,000mAh Pada 4 Ogos 2026

Oppo telah mengesahkan pelancaran rasmi telefon pintar terbaharu Oppo A7 Pro Max pada 4 Ogos ini di China. Model ini mencuri perhatian dengan bateri berkapasiti 10,000mah serta sokongan pengecasan 80W. Pelancaran ini juga menjadikan A7 Pro Max sebagai peranti pertama daripada Oppo yang hadir dengan bateri sebesar itu.

Image from: Oppo Bakal Lancarkan Telefon Dengan Bateri 10,000mAh Pada 4 Ogos 2026

Oppo menampilkan peranti ini sebagai ikon ketahanan generasi baharu dengan keyakinan bahawa baterinya mampu mengekalkan prestasi sehingga tujuh tahun. Sokongan pengecasan pantas 80W pula memastikan masa pengecasan kekal singkat meskipun kapasiti bateri sangat besar. Untuk mengekalkan rekaan yang lebih nipis, Oppo menggunakan bateri sel tunggal berasaskan silikon-karbon, berbeza daripada pendekatan dwi-sel tradisional yang lazim digunakan.

Image from: Oppo Bakal Lancarkan Telefon Dengan Bateri 10,000mAh Pada 4 Ogos 2026

Selain spesifikasi teknikal, varian warna jingga turut menjadi perhatian kerana Oppo dilihat mengikuti trend beberapa jenama lain yang memperkenalkan warna lebih menonjol. Pilihan ini pernah dipopularkan oleh Apple dan ia muncul lebih menyerlah berbanding varian hitam serta putih dengan kemasan cerun (gradient). Berdasarkan imej promosi, rekaan telefon itu sendiri juga memperlihatkan elemen yang menyerupai gaya jenama tersebut khususnya melalui penggunaan bonggol kamera yang lebih lebar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved