Oppo Reno 16 kini hadir dengan storan 512GB pada harga RM3,499

LocalDigital
29 Jul 2026 • 7:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Oppo Reno 16 kini hadir dengan storan 512GB pada harga RM3,499

Tidak lama selepas melancarkan siri Oppo Reno 16 di Malaysia, Oppo Malaysia kini memperkenalkan varian baharu Reno 16 Pro dengan storan lebih besar.

Dalam masa sama, OPPO turut mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama watak kartun popular, Pingu, yang membawakan aksesori edisi terhad untuk peminat siri Reno 16.

Harga Oppo Reno 16 Pro varian 512GB

Varian baharu Oppo Reno 16 12GB + 512GB ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,499. Sebagai perbadingan, model Reno 16 varian 12GB + 256GB dijual pada RM2,999, manakala 8GB + 256GB pula berharga RM2,699.

Ia tersedia dalam dua pilihan warna, iaitu Twilight Violet dan Pop White, dan boleh didapati menerusi stor online Oppo Malaysia, Lazada serta pengedar sah di Malaysia.

Bersempena pelancarannya, OPPO turut menawarkan promosi sehingga 16 Ogos 2026. Setiap pembelian akan menerima:

  • Rebat segera RM200
  • Gift Box eksklusif Reno16 Series
  • Pelan perlindungan skrin selama setahun secara percuma

Selain itu, OPPO turut memperkenalkan kolaborasi Oppo Reno 16 x Pingu. Menerusinya, pelanggan yang membeli Oppo Bubbles akan menerima Pingu Bubble Case edisi terhad secara percuma, selagi stok masih ada.

Spesifikasi Oppo Reno 16

Oppo Reno16 Pro dilengkapi skrin kompak 6.32″ menggunakan panel Crystal Shield AMOLED. Skrin ini menyokong resolusi FullHD+ (2640×1216), kadar segar semula tinggi 144Hz, serta tahap kecerahan puncak sehingga 1,800 nits.

Atas papan utama, ia dipacu cip MediaTek Dimensity 8550 Super yang digandingkan bersama RAM LPDDR5X sebesar 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 berkapasiti 256GB.

Untuk menangkap gambar, sistem kamera model Pro ini hadir dengan sistem tiga kamera belakang. Ia terdiri daripada kamera utama 200MP, kamera telefoto 50MP dengan OIS dan zum optikal 3.5x, serta kamera ultralebar 50MP. Kamera depan pula menggunakan sensor 50MP dengan sudut pandangan luas 100 darjah.

Peranti ini dijana oleh bateri berkapasiti 6,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Ciri lain yang turut disertakan termasuklah pembesar suara stereo, sokongan NFC, pengimbas cap jari di bawah skrin, penarafan kalis air dan debu IP68, IP69, dan IP69K, serta menggunakan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved