Oppo Bubble Dijual Di Malaysia Pada Harga RM349

TechnologyDigital
8 Jul 2026 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Bubble Dijual Di Malaysia Pada Harga RM349

Perkara yang menarik perhatian pada pelancaran ini ialah Oppo turut membawa aksesori baharu iaitu Oppo Bubble ke pasaran Malaysia. Aksesori ini merupakan sejenis paparan kecil yang boleh dilekatkan secara magnetik di bahagian belakang telefon pintar, khususnya pada model seperti siri Reno16 atau siri Find X9.

Image from: Oppo Bubble Dijual Di Malaysia Pada Harga RM349

Fungsi utamanya merangkumi paparan swafoto belakang yang jelas menggunakan kamera utama, di samping kemampuan memaparkan imej, gambar latar dan video pendek antara satu hingga lima saat.

Image from: Oppo Bubble Dijual Di Malaysia Pada Harga RM349
Image from: Oppo Bubble Dijual Di Malaysia Pada Harga RM349

Selain itu, ia turut menyokong fungsi zum sehingga 3.5x bergantung pada kamera telefon. Dari segi ketahanan, baterinya mampu bertahan sehingga 25 jam untuk paparan imej atau 9 jam jika digunakan bersama kamera. Selain itu, pemasangannya sangat mudah kerana menggunakan gelang magnetik yang dilekatkan pada telefon atau kerangka pelindung.

Image from: Oppo Bubble Dijual Di Malaysia Pada Harga RM349
Image from: Oppo Bubble Dijual Di Malaysia Pada Harga RM349

Bubble turut menggunakan cip BES 2800 yang memberikan prestasi stabil untuk paparan tambahan ini. Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 1.7” dengan resolusi 466 × 466 piksel.Tidak ketinggalan, ia menyediakan ruang dalaman sebanyak 4GB di samping sokongan bluetooth 5.2 serta penarafan IP54. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM349 di Malaysia.

Image from: Oppo Bubble Dijual Di Malaysia Pada Harga RM349
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved