Ulasan Oppo Find N6 – Peranti Lipat Tanpa Batasan

TechnologyDigital
17 Mar 2026 • 8:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oppo Find N6 telah dilancarkan hari ini dengan ciri utamanya ialah menambahbaik daripada Find N5 tahun lalu. Tahun lalu saya katakan Find N5 ialah peranti lima bintang dan adakah ini bermakna Find N6 layak menerima enam bintang pula? Ini ialah ulasan penuh untuk Oppo Find N6.

SPESIFIKASI

Oppo Find N6
SkrinLuar – 6.62″ OLED LTPO 120Hz
Dalam – 8.12″ OLED LTPO 120Hz
Dolby Vision
PemprosesQualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm)
Cip2x Oryon V3 Phoenix L 4.6 GHz
5x Oryon V3 Phoenix M 3.62 GHz
Cip GrafikAdreno 840
RAM16GB LPDDR5X
Muatan Dalaman512 GB UFS 4.1
Kamera Utama200MP, f/1.8, OIS (Sudut Lebar)
50MP, f/2.0 (Ultra Sudut Lebar)
50MP, f/2.7, OIS (Telefoto)
Kamera Hasselblad
Kamera SwafotoLuar – 20MP f/2.4
Dalam – 20MP f/2.4
Bateri6000 mAh
Pengecasan berwayar SuperVOOC 80W
Pengecasan nirwayar AirVOOC 50W
SIM/TelefoniNano/5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP59
Sistem ImbasanPengimbas cap jari sisi
Harga JualanRM 8699 (16/512GB)

SKRIN

Skrin luar kini lebih besar dan lebar 6.62″ AMOLED LTPO 120Hz serta Dolby Vision. Pada Find N5 ianya sebesar 6.6″. Ia masih mempunyai nisbah yang sama seperti sebuah skrin candybar yang memberikannya pengalaman penggunaan setanding Pixel 10 Pro Fold dan Honor Magic V5. Oleh sebab itu sepanjang tempoh ulasan jarang sekali saya merasakan perlu membuka skrin dalaman. Ini hanya dilakukan apabila saya ingin menonton YouTube, membaca ebuku dan perlu menggunakan dua aplikasi serentak.

image is not available

Skrin dalam pula 8.12″ AMOLED LTPO 120Hz juga dengan Dolby Vision yang setanding dengan model tahun lalu. Kesan lipatan skrin pada Find N6 langsung tidak kelihatan tahun ini kerana penggunaan teknologi Zero Feel Crease
. Ia menggabungkan engsel Flexion Hinge generation kedua dengan teknik cetakan 3D dan Auto Smoothing Flex Glass baharu bagi menyelesaikan isu garis lipatan.

Auto Smoothing Flex Glass menurut Oppo adalah Auto Smoothing Flex Glass adalah lebih 300% tahan lipatan, 50% lebih tebal dan mengekalkan bentuk 100% lebih baik berbanding lapisan kaca lipat terdahulu. Selepas menggunakan peranti selama 3 hari, saya masih belum dapat melihat sebarang kesan lipat pada skrin dalam.

image is not available

Skrin luar nampak lebih jelas di bawah cahaya matahari yang terik kerana keterangan skrin boleh mencecah 3600 nit dengan skrin dalam hanya mempunyai keterangan 1800 nit. Kedua-duanya juga hadir dengan sokongan stylus Oppo AI Pen. Ini amat berguna bagi mereka yang mencari peranti dengan sokongan stylus kerana ia kini semakin pupus.

Kedua-dua skrin turut tiada isu memaparkan kandungan Dolby Vision menerusi aplikasi Apple TV dan Netflix. Satu perkara lagi yang ingin saya berikan pujian ialah sistem haptik yang terasa lebih semula jadi.

BIOMETRI

Sistem biometri adalah dalam bentuk pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa di sisi kanan dan imbasan wajah. Pengimbas cap jari sisi adalah pantas dan akhirnya kedudukannya diletakkan lebih ergonomik dengan butang lebih besar. Sistem imbasan wajah disertakan yang juga pantas walaupun dalam situasi agak gelap. Dalam situasi gelap gelita, wajah perlu diletakkan lebih hampir kepada skrin untuk keterangan skrin membolehkan kamera mengecam muka.

image is not available

REKAAN

Tubuh peranti tahun ini sungguh nipis ia hanya sedikit lebih tebal berbanding port pengecasan USB-C. Model tahun lalu sudah nipis maka tidak ada lagi yang boleh dihiris untuk menjadikan tubuh peranti tahun ini walaupun disuntik Ozempic sekalipun.

image is not available

Ini memberikan kelebihan peranti yang terasa seperti sebuah telefon pintar biasa dalam keadaan tertutup dan juga tidak terasa begitu berat apabila dibandingkan dengan telefon pintar biasa. Proses membuka dan menutup skrin masih sedikit sukar kerana dua “pintu” lipat menjadi terlalu nipis. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Pixel 10 Pro Fold mungkin “gemuk” tetapi ketebalannya memberikan luas permukaan untuk jari membuka peranti dengan lebih mudah.

image is not available

Bonggol berbentuk bulat Cosmic Ring di belakang juga lebih rendah membuatkan peranti tidak terasa seperti berat di bahagian atas. Model yang diulas mempunyai kemasan belakang berwarna Blossom Orange yang kini menjadi trend telefon 2026. Oppo memberikan sebuah kerangka seakan gentian karbon pada peranti yang diulas untuk melindungi permukaan yang terdedah. Kerangka melindungi kedua-dua dedaun pintu dan bukan sekadar sebelah seperti pada Magic V5.

image is not available

Terdapat butang laras audio, kuasa (merangkap pengimbas cap jari) dan Snap Key di sebelah kanan. Tiada lagi butang lungsur yang dipinjam daripada OnePlus. Snap Key boleh diprogramkan untuk melancarkan kamera, memasuki AI Mind Space, menghidupkan lampu, melancarkan kamera, merakam audio dan banyak lagi dengan ia ditetapkan sendiri oleh pengguna.

image is not available

Tubuh yang nipis menyebabkan Find N5 kini hanya dilengkapi sepasang speaker stereo dan bukan lagi tiga seperti Find N3. Kedua-dua speaker tidak diletakkan pada “pintu kiri” skrin dengan ia menembak ke sisi. Satu di bahagian atas pintu kiri dan satu lagi di bawah pintu kanan bersebelahan port USB-C. Ini menjadikan lontaran audio tidak lagi simetri.

Oppo walau bagaimanapun masih menyertakan pemancar infra merah di bahagian atas. Akhir sekali peranti melepasi piawaian kalis air IP58/59  yang merupakan peningkatan daripada IPX8 sebelum ini.

OPPO AI PEN

Perlu saya sentuh sedikit mengenai stylus AI Pen yang disokong tahun ini kerana ia adalah stylus yang mempunyai sokongan bluetooth. Ia dijual secara berasingan tetapi jika dibeli, Oppo memberikan sebuah kerangka belakang yang unik kerana ia mempunyai tempat simpanan stylus dan juga dermaga pengecas.

image is not available

Dengan sokongan bluetooth butang pada sisi AI Pen boleh digunakan untuk mengawal aplikasi seperti kamera. Oppo sekarang menawarkan ciri yang satu ketika dahulu eksklusif pada Galaxy Note Ultra. Samsung sendiri tidak lagi menyokong bluetooth pada S Pen sejak dua tahun lalu.

AI Pen mempunyai pin fizikal yang menyentuh pin pengecas pada kerangka. Kerangka pula mendapatkan kuasa menggunakan sistem pengecasan nirwayar berbalik Find N6. Penyelesaian kepada isu “bagaimana nak mengecas semula stylus” yang kreatif daripada Oppo.

PENGGUNAAN Dan PERISIAN

Sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16 digunakan dengan ia menawarkan pengalaman penggunaan sama seperti pada Reno15 sebelum ini. Cuma ada beberapa penambahan khusus untuk peranti lipat ditambah. Oppo tidak memberitahu berapa lama sokongan perisian akan diberikan tetapi ia pasti sama dengan Find X9 iaitu 5 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti.

image is not available

Terdapat sokongan menambah RAM maya sehingga 12GB, Taskbar, sokongan menyambung aplikasi antara skrin apabila dibuka, pelbagai ciri AI untuk produktiviti, Smart Island dan sokongan ekosistem Apple disertakan pada Find N6.

Kalau anda ingat tahun lalu aplikasi O+ Connect membolehkan penghantaran gambar antara ColorOS dan iOS. Ianya kembali dengan ini ialah penyelesaian sementara kerana Android telahpun mengesahkan menjelang penghujung 2026, semua peranti Android boleh menggunakan protokol AirDrop. Selepas ini semua jenis fail boleh dihantar ke iOS menggunakan Quick Share dan AirDrop ke Android tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga. O+ connect juga membenarkan saya mengakses sebuah komputer macOS terus daripada skrin Find N6 apabila diperlukan.

image is not available

Terdapat ciri Boundless View yang membolehkan tiga aplikasi dilancarkan serentak seakan pada sebuah skrin selepas 15″. Tidak seperti pada sistem tri-tingkap Samsung, Boundless View membolehkan tiga aplikasi tadi dilancarkan dalam saiz skrin penuh apabila diperlukan dan dikecilkan semula bila tidak diperlukan.

image is not available

Tiga aplikasi juga boleh disusun dengan dua di atas dan satu di bawah dalam mod skrin penuh. Dengan Boundless View isu paparan aplikasi yang tirus/kecil tidak berlaku. Pengguna boleh menggabungkan tiga aplikasi kegemaran ke dalam mod Boundless View pada bila-bila masa dengan ia akan disimpan dalam ikon khas di muka depan aplikasi.

Terdapat juga ciri FlexForm Mode yang membahagikan peranti kepada dua skrin apabila diletakkan dalam posisi huruf L. Dalam YouTube dan Netflix misalnya, skrin atas akan memaparkan kandungan video dan skrin bawah pula memaparkan antaramuka kawalan video. Dalam aplikasi pula skrin atas memaparkan viewfinder dan skrin bawah memaparkan pelbagai kawalan kamera.

Perisian Oppo Find N6 akan menerima 5 kemas kini versi Android dan tampalan sekuriti selama 6 tahun.

image is not available

PENANDA ARAS

Seperti biasa tiga aplikasi penanda aras telah saya gunakan untuk melihat prestasi Snapdragon 8 Elite for Galaxy. Markah yang dicatatkan kemudian dibandingkan dengan telefon dengan cip-cip seperti senarai di bawah.

  • Xiaomi 17 – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Realme GT8 Pro – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • iQOO 15 – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Honor Magic8 Pro – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Vivo X300 Pro – Dimensity 9500
  • OnePlus 15 – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Oppo Find X9 Pro – Dimensity 9500
  • Apple iPhone 17 Pro – A19 Pro

AnTuTu 3D

PerantiSkor
Oppo Find N53,080,123
Xiaomi 17 3,530,586
Realme GT8 Pro3,066,488
iQOO 153,726,305
Honor Magic8 Pro3,424,247
Vivo X300 Pro3,507,869
OnePlus 153,720,096
Oppo Find X9 Pro3,472,342
Apple iPhone 17 Pro2,634,345
image is not available

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Oppo Find N534509393
Xiaomi 17 32949416
Realme GT8 Pro34828153
iQOO 1534809789
Honor Magic8 Pro35879853
Vivo X300 Pro350710469
OnePlus 15355310484
Oppo Find X9 Pro31589298
Apple iPhone 17 Pro35608835
image is not available

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Oppo Find N56020
Xiaomi 17 5491
Realme GT8 Pro5461
iQOO 156788
Honor Magic8 Pro7659
Vivo X300 Pro7075
OnePlus 156741
Oppo Find X9 Pro6127
Apple iPhone 17 Pro5873
image is not available

Pengalaman penggunaan peranti adalah sangat pantas dan lancar selari dengan markah penanda aras yang dicatatkan di atas. Peranti mercu yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 5 adalah tidak mengecewakan dari segi prestasi menjalankan aplikasi lazim atau permua prestasi tinggi. Ini kerana penggunaan memori 16GB RAM LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.1.

Permainan seperti COD Mobile, Wuthering Waves dan Genshin Impact semuanya boleh dimainkan pada tetapan tinggi tanpa sebarang isu besar. Peranti masih menjadi agak suam tetapi saya rasakan tidaklah sampai ke tahap ia tidak selesa dipegang dalam tangan.


KAMERA

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP f/1.8 (OIS), ultra sudut lebar 50MP f/2.0, tdan telefoto periskop 50MP f/2.7 (OIS). Ini dipadankan dengan dua kamera swafoto 20MP f/2.0. Kamera utama menyokong sistem warna Hasselblad serta mod X-Pan yang mengambil gambar pada sudut lebar. Sampel gambar adalah seperti di bawah.

Secara keseluruhan kualiti gambar adalah memuaskan dengan ia berfungsi dengan pantas. Penghasilan semua warna adalah memuaskan. Terdapat beberapa penuras terbina dengan profil warna berbeza melakukan simulasi seakan filem. Jadi jika algoritma asal kurang menarik bagi anda, ada profil daripada Hasselblad. Ciri X-Pan juga kembali untuk penggemar gambar yang nampak sinematik. Dalam X-Pan juga ada beberapa profil warna bagi memberikan mood berbeza pada gambar diambil.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Berikut pula ialah gambar yang diambil pada tetapan zum 1x, 2x, 10x, 30x dan 60x. Gambar yang diambil masih mempunyai tahap ketajaman yang memuaskan sehingga 30X sahaja. Pada tetapan 60X imej mula pecah dan pada 100X sahaja ia langsung tidak boleh digunakan.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

BATERI

Bateri 6000 mAh menyokong pengecasan 80W dengan kabel USB-C dan 50W dengan pengecas AirVOOC. Peranti boleh bertahan sepanjang hari secara konsisten dalam penggunaan biasa. Biasa di sini ialah dimana majoriti penggunaan adalah skrin luar sahaja. Kerana skrin luar yang lebar, jarang sekali saya merasakan perlu menggunakan skrin dalam yang lebih besar. Bateri boleh dicas semula dalam masa sekitar 50 minit.

image is not available

Dalam penggunaan lebih berat, SOT sehingga 10-11 jam dapat dicapai secara konsisten dan dalam penggunaan lebih santai peranti boleh bertahan sepanjang hari. Prestasi bateri ini adalah jauh lebih baik berbanding Z Fold7 dan meletakkannya sebagai peranti skrin lipat dengan hayat bateri terbaik setakat ini.


DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak.

  • 1x Oppo Find N6.
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Pengecas SuperVOOC
  • 1x Pin SIM.
  • 1x Set kerangka.
image is not available

KESIMPULAN

Oppo Find N6 ialah peranti skrin lipat yang menambah baik beberapa ciri berbanding tahun lalu. Kelebihan pertama yang paling ketara ialah tiada lagi kesan garis pada skrin lipat. Oppo menjadi yang terawal menyelesaikan isu yang menghantui peranti skrin lipat sejak generasi pertama lagi. Tubuh sedikit lebih nipis dengan tahap ketahanan kalis air yang lebih baik.

image is not available

Selain itu lokasi butang kuasa merangkap pengimbas cap jari telah diubah menjadikannya lebih ergonomik. Sistem kamera juga dipertingkatkan dengan saiz sensor yang lebih besar dan AI Pen pula membawakan ciri bluetooth tambahan yang menarik berbanding stylus biasa. Satu lagi kelebihan Find N6 ialah anda boleh mengakses komputer riba macOS secara jarak jauh terus dari dalam peranti.

Kekurangan masih ada iaitu kedudukan kekisi audio yang tidak simetri. Satu di bahagian bawah pintu kanan dan satu lagi di bahagian atas pintu skrin kiri. Apabila peranti dipegang, salah satu speaker akam ditutup dengan tangan.

Peranti ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Stellar Titanium dan Orange Blossom di Malaysia pada harga RM8699 (16/512GB) sebuah.

Pro

  • Prestasi ColorOS 16 yang amat lancar.
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 sangat berkuasa.
  • Rekaan lebih nipis dengan kesan lipatan skrin tidak lagi kelihatan.
  • Integrasi ekosistem Apple.
  • Kalis air IP58/59.
  • Sokongan stylus AI Pen dengan bluetooth.
  • Bateri tahan lama dan pengecasan pantas.

Kontra

  • Tubuh makin nipis sedikit sukar untuk dibuka.
  • Kedudukan speaker tidak lagi simetri.
image is not available