Oppo Pad Mini Turut Akan Dilancarkan Di Malaysia Bersama Siri Find X10

LocalTechnology
9 Oct 2026 • 1:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Pad Mini Turut Akan Dilancarkan Di Malaysia Bersama Siri Find X10

Oppo Pad Mini telah diperkenalkan di China pada April lalu dan kini disahkan akan memasuki beberapa pasaran global termasuk Malaysia. Oppo turut memuat naik imej acah rasmi di laman sesawang rasmi sekali gus mengesahkan pelancarannya bersama siri Oppo Find X10 pada 22 Oktober 2026.

Image from: Oppo Pad Mini Turut Akan Dilancarkan Di Malaysia Bersama Siri Find X10

Setakat ini, penyenaraian di laman sesawang rasmi Oppo Malaysia hanya menunjukkan tablet tersebut ditawarkan dalam warna Lavender Purple, namun konfigurasi storan dan spesifikasi lain masih belum didedahkan. Turut menjadi persoalan ialah sama ada versi global Oppo Pad Mini akan mengekalkan spesifikasi sama seperti model di China atau sebaliknya.

Image from: Oppo Pad Mini Turut Akan Dilancarkan Di Malaysia Bersama Siri Find X10

Sebagai konteks, Oppo Pad Mini untuk pasaran China hadir dengan paparan AMOLED 8.8 inci bersama kadar segar semula 144Hz. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Gen 5, bateri 8,000mAh dengan pengecasan pantas 67W, kamera belakang 13MP serta kamera hadapan 8MP. Tablet ini dijual di China bermula RMB ,999 (~RM2,439) untuk versi asas 8GB RAM dan 256GB storan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved