Oppo Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kamera Swafoto 100MP 1:1

Technology
12 May 2026 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kamera swafoto terbesar pada telefon pintar di pasaran sekarang ialah 50MP yang menggunakan sensor empat segi tepat. Siri iPhone 17 tahun lalu memperkenalkan sensor segi empat sama 1:1 yang membolehkan gambar swafoto landskap diambil walaupun peranti dipegang menegak.

Image from: Oppo Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kamera Swafoto 100MP 1:1

Hari ini DigitalChatStation mendakwa Oppo sedang membangunkan peranti dengan kamera swafoto 100MP bersaiz 1:1. Sekiranya ura-ura ini benar, kita akhirnya memasuki era kamera hadapan dengan sensor 100MP buat pertama kali dalam sejarah.

Penggunaan sensor yang lebih baik di hadapan tiba tepat pada saat semakin ramai menggunakannya untuk menghasilkan kandungan khususnya penstriman langsung. Rakaman video atau gambar dengan sensor kamera hadapan yang besar akan menghasilkan kualiti lebih baik.

Sebelum ini teknologi kamera belakang berputar ke depan telah digunakan pada Oppo N1 dan Samsung Galaxy A80 untuk kualiti swafoto lebih baik.