Oppo Watch X3 Mini ialah jam tangan pintar terbaru daripada Oppo. Ia menjadi pilihan menarik berbanding model sebelumnya dengan tumpuan terhadap rekaan moden, dalam masa yang sama mengekalkan bentuk kompak khususnya sesuai untuk pengguna wanita.

Oppo Watch X3 Mini dilengkapi dengan skrin berukuran 1.32-inci AMOLED yang disaluti kaca nilam untuk ketahanan tambahan. Skrin juga menawarkan resolusi 466 × 466 piksel dengan ketumpatan 352 PPI. Jam tangan ini dikuasakan oleh cip Snapdragon W5 Gen 1 yang dipadankan dengan pemproses BES2800BP, di samping hadir dengan memori 2GB RAM serta storan tambahan untuk sistem operasi RTOS. Ia juga menyokong fungsi eSIM serta menjalankan sistem operasi ColorOS 16.

Selain itu, ia hadir dengan pelbagai sensor termasuk accelerometer, giroskop, barometer, kadar denyutan jantung, sensor suhu serta sensor cahaya ambien. Di samping itu, terdapat lebih 100 mod sukan terbina bersama jurulatih sukan berasaskan AI, manakala jam ini turut menerima penarafan 5ATM dan IP68 untuk ketahanan debu serta air.

Bateri berkapasiti 345mAh mampu bertahan sehingga 2.5 hari dalam mod pintar dan 7 hari dalam mod standard. Ia menyokong pengecasan pantas yang memberikan sehingga 24 jam penggunaan dengan hanya 10 minit pengecasan. Jam ini turut ditawarkan dalam kemasan premium termasuk emas berkilat dengan keluli tahan karat 18K.

Oppo Watch X3 Mini dijual di China bermula pada harga RMB1,799 (~RM 1,044) bergantung kepada model namun setakat artikel ini ditulis ia belum ditawarkan di Malaysia. Sebagai pilihan, Oppo Watch X3 dijual di Malaysia pada harga bermula RM1,499.




