Ops PEWA: JPJ Selangor sita 32 kenderaan dipandu warga asing

LocalCars
22 Sep 2026 • 2:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ops PEWA: JPJ Selangor sita 32 kenderaan dipandu warga asing

SHAH ALAM, 22 SEPT: Sebanyak 32 kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor dalam Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) di sekitar Puncak Alam dan Elmina, semalam.

Menurut kenyataan JPJ, daripada jumlah itu, 18 kenderaan disita dalam operasi di Stesen Penguatkuasa (SPK) Ijok manakala 14 lagi di SPK Elmina.

Sitaan dibuat susulan pemeriksaan terhadap kenderaan yang dipandu warga asing, dengan pelbagai kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu kompeten (CDL), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans yang sah.

“Selain itu, kesalahan menyalahgunakan LKM turut dikesan dalam operasi di SPK Elmina apabila terdapat kenderaan yang menggunakan LKM bagi tujuan yang tidak dibenarkan mengikut peraturan ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Image from: Ops PEWA: JPJ Selangor sita 32 kenderaan dipandu warga asing
Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menjalankan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) di Stesen Penguatkuasa (SPK) Kubu Gajah, Persiaran Elmina pada 21 September 2026. Foto JPJ Negeri Selangor

JPJ berkata operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan semua kenderaan yang digunakan di jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.

Pada masa sama, JPJ menggesa orang awam yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan kesalahan lalu lintas supaya menyalurkannya menerusi e-mel aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan.

Aduan hendaklah disertakan butiran pengadu serta maklumat lengkap berkaitan kesalahan yang dilaporkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved