‘Orang dalam’, identiti suspek dikenal pasti kes samun RM2.91 juta

14 Sep 2026 • 2:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Orang dalam’, identiti suspek dikenal pasti kes samun RM2.91 juta

KUALA LUMPUR – Polis mengenal pasti unsur ‘orang dalam’ dalam siasatan kes samun berkumpulan membabitkan kerugian RM2.91 juta di sebuah kondominium mewah di Jalan Ampang, pada 7 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati terdapat kaitan kes samun itu dengan mangsa sendiri, namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

“Apa yang boleh saya katakan (kes ini) ada kaitan dengan mangsa itu sendiri.

“Bagaimana kaitannya akan dijelaskan kemudian. Beri siasatan berjalan terlebih dahulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sentul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Fadil berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dalam kes berkenaan namun belum membuat sebarang tangkapan.

“Kita masih dalam tindakan penyiasatan dan ia dilakukan secara agresif. Setakat ini belum ada tangkapan lagi. Beri kami sedikit masa,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fadil berkata, polis sudah merakam percakapan mangsa dan penghuni kediaman berkenaan, selain kakitangan serta pengawal keselamatan bagi membantu siasatan.

Katanya, pihaknya turut berhubung dengan Kedutaan China serta pihak berkaitan susulan kehilangan pasport mangsa.

Dalam kejadian antara jam 2 hingga 3 petang pada 7 September lalu, sekumpulan lelaki bertopeng, bersarung tangan dan bersenjatakan pisau dipercayai menceroboh masuk ke sebuah unit kediaman di Pavilion Embassy, Jalan Ampang.

Kumpulan itu melarikan wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah dengan anggaran kerugian RM2.91 juta, selain merosakkan telefon bimbit serta melarikan pasport milik mangsa lelaki warga China berusia 28 tahun.

Polis sebelum ini turut merakam keterangan 12 saksi bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Orang dalam’, identiti suspek dikenal pasti kes samun RM2.91 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved