Orang Lembah Klang bakal nikmati LRT3 Shah Alam bermula Ahad ini

22 Jun 2026 • 7:28 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

KUALA LUMPUR – Selepas sekian lama dinantikan, Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam akhirnya bakal mula beroperasi secara rasmi pada Ahad ini, sekali gus membuka lembaran baharu sistem pengangkutan awam di koridor barat Lembah Klang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, majlis perasmian pembukaan laluan itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari lebih awal di depot LRT3 pada 28 Jun sebelum operasi penuh dimulakan keesokan harinya.

“Kami akan mengumumkan bahawa upacara pembukaan LRT3 Shah Alam akan disempurnakan pada Ahad ini oleh Perdana Menteri di depot. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini.

LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia dijangka memberi impak besar kepada mobiliti rakyat, khususnya di kawasan Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya, selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di laluan utama Lembah Klang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved