Orang Ramai Pada Mulanya Sangka Kebakaran, Rupanya Pertunjukan Bunga Api Sempena Ulang Tahun Public Bank

7 Aug 2026 • 8:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Orang Ramai Pada Mulanya Sangka Kebakaran, Rupanya Pertunjukan Bunga Api Sempena Ulang Tahun Public Bank

Orang Ramai Pada Mulanya Sangka Kebakaran, Rupanya Pertunjukan Bunga Api Sempena Ulang Tahun Public Bank

Ramai warga kota yang berada di sekitar Kuala Lumpur malam semalam mengakui terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat berhampiran Menara Public Bank sehingga ada yang pada mulanya menyangka berlaku kebakaran.

Situasi itu turut menjadi tular di Threads selepas seorang pengguna, @digimon_lfs, berkongsi pengalamannya yang mendakwa pada awalnya menyangka bangunan berkenaan sedang terbakar.

Image from: Orang Ramai Pada Mulanya Sangka Kebakaran, Rupanya Pertunjukan Bunga Api Sempena Ulang Tahun Public Bank
Kredit: @nrsyrhrsl

“Terkejut saya, Public Bank KL terbakar dengan letup boom bunga api,” katanya menerusi satu hantaran di Threads semalam.

Dalam hantaran berasingan, beliau berkata, kejadian berlaku ketika sedang meninggalkan kawasan KLCC selepas menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

“Kejadian dia begini. Saya nak beredar dari KLCC lepas KLFW Day 4. Alamak, tiba-tiba dengar ada bunyi letupan. Kami terus berlari mencari puncanya.

Baca juga:

“Tiba-tiba nampak mercun dekat cermin. Lepas tengok video orang lain barulah saya faham apa sebenarnya yang berlaku,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing apabila menyaksikan pertunjukan bunga api berkenaan dari lokasi berbeza.

Seorang pengguna, @aidil_izuan, yang memperkenalkan dirinya sebagai petugas keselamatan di Menara Public Bank, berkata pertunjukan itu berjalan lancar dengan kawalan keselamatan yang rapi.

“Hehehe, saya staf Public Bank, petugas keselamatan. Ini kali pertama tengok depan-depan. Saya bertugas di Menara Public Bank.

“Abang bomba dah bersedia dekat situ,” katanya.

Sementara itu, pengguna @hazlina_177 berkata dia berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Public Bank sejak 18 tahun lalu.

“18 tahun dengan PBB,” katanya ringkas.

Image from: Orang Ramai Pada Mulanya Sangka Kebakaran, Rupanya Pertunjukan Bunga Api Sempena Ulang Tahun Public Bank
Kredit: @littleworldwonderer

Menurut seorang lagi pengguna, @nrsyrhrsli, pelanggan Public Bank turut menerima notifikasi melalui aplikasi rasmi bank berkenaan berkaitan sambutan ulang tahun tersebut.

“Siap dapat notification semalam dari apps Public Bank. 60 Years, Your Journey Our Dedication,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali sebagai @littleworldwonderer berkata pertunjukan bunga api itu menjadi pemandangan menarik ketika anaknya sedang mengikuti kelas dalam talian.

“Demam-demam Elsa join online class, tiba-tiba ada fireworks pula. Seronok tengah belajar ada view macam ni.

“Sis juga terkejut tiba-tiba ada muka di langit,” katanya sambil berkongsi gambar wajah pengasas Public Bank, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow yang dipaparkan melalui pertunjukan dron.

Rata-rata warga maya menyifatkan pertunjukan bunga api dan dron bersempena ulang tahun ke-60 Public Bank itu sebagai sesuatu yang mengagumkan, walaupun bunyi letupan pada awalnya mencetuskan sedikit panik dalam kalangan orang ramai yang berada berhampiran lokasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved