Oriental Interest lancar Gardens Idaman di Rawang, 616 unit rumah mampu milik bermula RM250,000

17 Aug 2026 • 3:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Oriental Interest lancar Gardens Idaman di Rawang, 616 unit rumah mampu milik bermula RM250,000 Image from: Oriental Interest lancar Gardens Idaman di Rawang, 616 unit rumah mampu milik bermula RM250,000 amree17/08/2026 - 15:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 OgosOriental Interest Berhad (OIB) memperluas akses pemilikan rumah berkualiti dengan menjual 616 unit berharga serendah RM250,000 menerusi Gardens Idaman di Rawang, Selangor.

 

Kumpulan tersebut berkata pembangunan terbaharunya di bawah program Rumah Idaman Selangor itu memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) RM163.8 juta dengan dibangunkan di atas tanah seluas 4.5 hektar.

 

Katanya, Gardens Idaman, yang dipasarkan di bawah nama Myra Idaman, menawarkan pangsapuri separa berperabot berkeluasan 93 meter persegi dengan harga antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit.

 

"Setiap unit mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, selain dilengkapi fasiliti seperti almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, dan set televisyen, serta dua petak kereta," jelas OIB.

 

Pembangunan berstatus pajakan itu dijangka siap pada 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar serta berpengawal, dengan sasaran pembeli rumah pertama dan keluarga memerlukan kediaman yang luas.

 

Antara kemudahan yang turut disediakan kumpulan ialah Central Park dengan trek joging, gimnasium luar, taman permainan, gelanggang futsal dan pickleball, selain dewan serbaguna, tadika dan surau.

 

William Lew OIB
WILLIAM LEW

 

Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, William Lew, berkata program Rumah Idaman itu penting dalam memperluas akses kepada perumahan mampu milik bermutu.

 

"Pemaju turut berperanan mewujudkan nilai tambah kepada pemilik dan komuniti. Menariknya, Gardens Idaman turut menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze," tambah beliau dalam satu kenyataan.

 

Pengiktirafan tersebut ujarnya, sama seperti pembangunan akan datang OIB, Saujana Idaman di Dengkil, meskipun pensijilan itu bukan syarat wajib bagi projek di bawah program Rumah Idaman.

 

Menurut Lew, OIB percaya elemen kelestarian tidak sepatutnya terhad kepada pembangunan premium, sebaliknya boleh diterapkan dalam projek perumahan mampu milik jika dirancang sejak peringkat awal.

 

Gardens Idaman jelas beliau, menggabungkan ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, dan bahan binaan yang rendah karbon.

 

"Berdasarkan penilaian GreenRE, pembangunan itu menjimatkan penggunaan tenaga 30.61% berbanding garis dasar GreenRE dan mengurangkan pelepasan karbon operasi 337 tan CO₂e setahun," katanya.

 

Selain akses strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui lebuh raya, OIB komited mengembangkan portfolio rumah mampu milik di Selangor. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved