Selangor sasar bina 200,000 unit rumah mampu milik

7 Aug 2026 • 6:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selangor sasar bina 200,000 unit rumah mampu milik

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menyasarkan membina 200,000 unit rumah mampu milik menerusi Dasar Rumah Selangorku Harapan dan Idaman menjelang tahun 2030.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran berkenaan merupakan antara agenda utama kerajaan negeri bagi memastikan lebih ramai rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri.

Katanya, setakat ini sebanyak 64,188 unit rumah telah siap dibina, manakala 69,014 unit lagi sedang dalam pembinaan.

“Baki puluhan ribu lagi dijangka siap atau dimulakan pembinaan menjelang tahun 2030,” katanya pada pembentangan Rancangan Selangor ke-2 (RS-2) di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada golongan yang masih belum berkemampuan membeli rumah menerusi penyediaan Skim Smart Sewa.

Jelasnya, jumlah unit rumah sewa di bawah skim itu akan ditingkatkan kepada 3,000 unit menjelang 2030.

“Sebanyak 30 peratus daripada bayaran sewa setiap bulan akan disimpan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Bayaran sewa ini akan dipulangkan kepada penyewa untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan rumah itu sekiranya mereka bersedia membeli rumah berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Selangor sasar bina 200,000 unit rumah mampu milik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved