Warga emas berserban tunggang RXZ 6 Speed curi perhatian

13 Sep 2024 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Paksu Tomoi dalam perjalanan menyertai program RXZ Members 6.0 pada Jumaat. Foto Shazana Jafar

image is not available
Warga emas tersebut dikenali sebagai Paksu Tomoi. Kredit foto: Shazana Jafar

KUALA NERUS - Gelagat seorang warga emas berserban menunggang motosikal jenis RXZ 6 Speed mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian video di grup Marang Kiter Official, ramai netizen memuji kesungguhan lelaki tersebut menunggang motosikal untuk menyertai program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di sini pada Jumaat.

**media[2806420]**

"Nampak anak-anak muda ikut dia... depan belakang jaga. Kalau singgah masjid semua singgah... ikut sekali. Pak cik ni tiap-tiap tahun hadir," komen Mohamad Johari Abdullah.

"Hebat pak cik... semoga selamat sampai Terengganu," ujar Kin Yusoff.

Sementara itu, menerusi hantaran di akaun Facebook Arena Motor turut berkongsikan gambar warga emas tersebut yang dikenali sebagai Paksu Tomoi.

"Siapa kenal otai RXZ ini? Paksu Tomoi bersama RXZ 6 Speed First Modelnya untuk hadir di RXZ Members 6.0 selepas lama berehat disebabkan kemalangan sebelum ini," katanya.

"Terbaik Paksu... semoga selamat perjalanan pergi dan balik," kata Khalim Miswan.

"Terbaik Paksu... orang lama kena dihargai dan semoga sihat selalu," ujar Rohim Muhammad.

Program RXZ Members 6.0 yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula hari ini sehingga Sabtu dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara.