“Overthinking Jadi Realiti” – 2 Tong Gas Jatuh Dari Lori Buat Ramai Bimbang [Video]

29 Apr 2025 • 5:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes melibatkan lori atau treler di jalan raya yang boleh mengundang bahaya kepada keselamatan pengguna lain serta orang awam yang berada di kawasan sekitar.

Seperti sebelum ini, sebuah treler dari arah bertentangan dilihat sedang memotong sebuah lagi treler lain di lorong dua hala garisan berkembar dalam kelajuan tinggi.

Treler tersebut terus meluru ke arah kenderaan perakam video tanpa sebarang usaha untuk kembali ke lorong asalnya. Bertindak pantas, pemandu itu terus memberhentikan keretanya di bahu jalan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Dua Tong Gas Terjatuh Dari Lori

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@sazzul_iqbal) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Sazzul berkongsi situasi cemas yang berlaku di sebuah jalan.

Menerusi rakaman dashcam, kelihatan beberapa tong gas yang dibawa sebuah lori terjatuh di atas jalan ketika dalam perjalanan menuju ke Gadek, Melaka. Difahamkan jaring keselamatan kenderaan berat itu terbuka sebelum tong gas meluncur keluar daripadanya.

Dua tong gas itu kemudian bergolek ke tepi jalan, namun mujur ia tidak terlanggar dengan mana-mana pengguna jalan raya di situ. Kenderaan lain pula dilihat terus memperlahankan kenderaan sebaik melihat tong berkenaan berada di atas jalan.

Dakwa Lori Laju Sebelum Tong Gatuh Terjatuh Dari Kenderaan

Seorang lelaki yang berada di tempat insiden mendakwa bahawa pemandu lori memandu dengan laju sehingga boleh menyebabkan ia terjatuh.

Sazzul dalam masa sama menasihati orang ramai untuk sentiasa menjaga jarak dengan kenderaan berat bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Pertama kali nampak tong gas tercampak dari lori. Lepas ni kena cakna jangan ikut lori gas dekat-dekat, kadangkala musibah ni datang tiba-tiba,” ujar Sazzul di ruangan kapsyen.

@sazzul_iqbal First time nampak tong gas tercampak dari lori…Lepas ni kena alert jangan follow lori gas dekat-dekat, kadang musibah ni datang tiba-tiba…#fypシ #tiktokmalaysia ♬ original sound – Sazzul_Iqbal

Tonton video penuh [DI SINI].

Mengundang Bahaya, Ramai Khuatir Lihat Tong Gas Jatuh Bergolek

Menjengah ke ruagan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang melihat situasi mengejut itu.

“Okay new fear unlocked. Lama dah terbayang tapi husnuzon je la sebab ingat memang tak gerak tong tu. Adui memang menjauh la lepas ni,” kata seorang wanita.

Malah seorang saksi kejadian turut berkongsi pengalamannya ketika tong gas jatuh secara mengejut.

“Saya penumpang Myvi belakang lori tu. Dalam kereta ada bayi setahun. Nasib suami jauh dari lori sebab dari lampu isyarat memang perasan lori ni laju semacam,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ada yang berkata kejadian sebegitu pernah berlaku sebelum ini.

“Pernah berlaku minggu lepas. Lori tong gas depan kita je. Awal-awal dah jarakkan, sekali dia tekan brek. Tergolek gas dekat lori tu. Seram tengok,” kata seorang pengguna TikTok.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: TikTok (@sazzul_iqbal)

Langkah Keselamatan Jika Terpaksa Berhenti Antara 2 Treler

Seperti yang dinasihati oleh pemilik dashcam, orang ramai diingatkan untuk menjaga jarak selamat bersama kenderaan lain semasa berada di atas jalan raya.

Sekiranya anda tersangkut dalam situasi di mana kereta berada di antara dua buah treler misalnya di persimpangan lampu isyarat, terdapat langkah keselamatan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri terlibat dalam kemalangan.

Apa yang anda perlu lakukan adalah letak gear di bahagian D, tekan brek dan tarik brek tangan. Kemudian pusingkan stereng ke sebelah kanan. Sekiranya ada rempuhan daripada belakang, kereta akan automatik bergerak ke kanan dan tidak merempuh treler yang berada di hadapan.

Tonton video penuh [DI SINI].

Source: