Owner Kedai Dipuji Sabar Suap Pelanggan OKU Makan Mi Sup, Ramai Tersentuh

WorldLifestyle
12 May 2026 • 3:46 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Owner Kedai Dipuji Sabar Suap Pelanggan OKU Makan Mi Sup, Ramai Tersentuh

LUAR NEGARA – Di saat ramai orang sibuk dengan urusan sendiri, masih ada insan yang sanggup meluangkan masa dan melayan orang lain dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Itulah yang membuatkan ramai netizen tersentuh selepas tular satu video memaparkan seorang pemilik restoran membantu seorang pelanggan OKU makan mi sup dengan penuh sabar dan keikhlasan.

Menerusi rakaman tersebut, pelanggan berkenaan yang dipercayai menghidap cerebral palsy dilihat mengalami kesukaran untuk makan sendiri sebelum lelaki dipercayai pemilik kedai tampil membantu menyuapkan makanan serta mengelap mulutnya.

Tindakan spontan itu mengundang rasa sebak ramai netizen yang memuji layanan penuh hormat dan sifat prihatin ditunjukkan terhadap pelanggan istimewa tersebut.

Menurut kapsyen yang tular di media sosial, pelanggan berkenaan dipercayai mempunyai masalah cerebral palsy yang menyebabkan pergerakan dan koordinasi tubuhnya terganggu.

Apa Itu Cerebral Palsy?

Cerebral palsy merupakan keadaan gangguan pada otak yang menjejaskan pergerakan tubuh, keseimbangan serta koordinasi otot seseorang. Individu yang menghidap keadaan ini boleh mengalami kesukaran untuk berjalan, bercakap atau melakukan aktiviti harian termasuk makan sendiri bergantung kepada tahap keadaan mereka.

Video Dipercayai Dari Luar Negara

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenai lokasi sebenar kejadian serta identiti individu yang terlibat kerana video asal dipercayai berasal dari luar negara sebelum dikongsi semula oleh pelbagai akaun media sosial.

Subtitle bahasa Cina dalam video turut memaparkan individu tersebut sering dijaga oleh ahli keluarganya ketika makan.

Walaupun kisah penuh kejadian belum dapat dipastikan sepenuhnya, rata-rata netizen menyifatkan tindakan pemilik restoran itu sebagai contoh kemanusiaan dan keprihatinan yang semakin jarang dilihat dalam masyarakat hari ini. – The Malaysian Update

The post Owner Kedai Dipuji Sabar Suap Pelanggan OKU Makan Mi Sup, Ramai Tersentuh appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article